A- A A+

Khutbah Jumaat

khutbah19.png - 108.93 kB

 

Buletin Soutul Islam

Pengarah JHEAINS

biruu.png - 95.75 kB

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Aplikasi E-Perkhidmatan

coverA.gif - 113.78 kB

1.png - 65.08 kB

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Sebagaimana yang disebutkan di dalam surah As-Saffat, ayat 102,

2.png - 14.82 kB

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama- sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan  mendapatiku Termasuk orang-orang yang sabar".

Kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. bukan semata-mata didorong oleh perasaan taat setia secara membuta tuli, sebaliknya ia didorong oleh semangat pengorbanan yang utuh dan ikhlas daripada hamba yang sentiasa mengharapkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Kisah dua beranak bersejarah ini, kemudiannya, disyariatkan dalam Islam dengan ibadah sembelihan korban menjelang Aidil Adha yang disambut umat islam saban tahun. Kisah ini juga membawa bersama mesej dan peringatan yang penting kepada manusia bahawa jalan menuju kebahagiaan dan kesejahteraan hidup itu tidak boleh tidak memerlukan pengorbanan. Oleh itu, tajuk khutbah pada hari yang mulia ini ialah “Pengorbanan Asas Kesejahteraan Ummah”.

3.png - 5.48 kB

Muslimin Muslimat Yang Dimuliakan,

Dalam hidup bernegara dan berbangsa, kesejahteraan sememangnya menjadi matlamat dan harapan bagi setiap individu muslim. Justeru, bagi mencapai matlamat dan harapan ini, maka perlu ada pengorbanan yang sangat besar dan kerjasama yang utuh dalam kalangan umat islam. Umat Islam hendaklah bersedia mengorbankan tenaga, harta, masa dan intelek untuk menjaga tuntutan hidup beragama. Salah satu tuntutan hidup beragama ialah menjaga akidah dan syariat Islam berteraskan pemahaman ahli Sunnah wal Jamaah yang mana berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah SWT;

4.png - 12.08 kB

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah An-Nisa ayat 59).

Jika perkara ini dapat dilakukan, ianya mampu melahirkan kesatuan ummah yang hidup berpaksikan ajaran agama islam yang sebenar.

Selain   itu,   umat   Islam   juga   diharap  mampu   merealisasikan semangat berkorban Nabi Ibrahim a.s dalam menyemai sifat-sifat mahmudah di dalam diri. Sifat-sifat mahmudah yang disebutkan disini bukan sahaja merujuk kepada menjaga hak-hak Allah, ianya juga termasuk menjaga hak-hak sesama manusia seperti keadilan, perasaan cinta dan kasih sayang sesama manusia dan sebagainya.

Sabda Nabi Saw, “Para pengasih dan penyayang dikasihi dan disayang oleh Ar-Rahman (Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang), rahmatilah yang ada di bumi niscaya kalian akan dirahmati oleh Dzat yang ada di langit” (HR Abu Daud dan At- Tirmidzi).

Jika perkara ini berlaku, sudah tentu kehidupan ummah berasaskan konsep keamanan dan kedamaian dapat diwujudkan sekaligus mengukuhkan lagi kesatuan ummah yang sudah sedia terjalin.

3.png - 5.48 kB

Sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT.

 Seperti mana yang kita sedia maklum, Negara ini terdiri daripada pelbagai bangsa, agama mahupun bahasa dan dialek. Begitu juga di negeri Sabah ini cukup terkenal dengan kepelbagaian etnik dan suku kaum yang berbilang. Tidak dinafikan juga bahawa dengan kepelbagaian bangsa, etnik dan kaum ini, kita terdedah dengan pelbagai adat dan budaya yang dapat kita jelaskan sebagai perbuatan, perkara atau peraturan yang lazim dilakukan sejak dahulukala.

Amalan membudayakan adat resam dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah menjadi tradisi turun temurun sejak zaman-berzaman. Malah, ada dari kalangan kita yang mempercayai adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam, yang mana ianya melibatkan kepercayaan kepada kuasa mistik dan menyandarkan harapan kepada alam ghaib. Perbezaan adat ini ada kalanya menimbulkan perselisihan faham dan pandangan di antara kaum sehingga menyentuh sensitiviti agama. Sedangkan Allah menciptakan perbezaan di kalangan hambaNya adalah untuk saling berkenalan antara satu sama lain. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 13,

5.png - 15.24 kB

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan  kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.

Allah menerangkan tiada kelebihan di antara satu sama lain mengikut nilai kejadian mereka. Lebih atau kurangnya manusia di sisi Allah bergantung kepada taqwa dan sejauh mana mereka menjaga syariat yang ditetapkan oleh Islam.

Dalam hidup bermasyarakat, setiap individu perlulah menghormati adat dan budaya yang lain. Manakala adat yang bertentangan dengan ajaran Islam wajiblah ditinggalkan kerana ianya sebahagian daripada perkara yang mensyirikkan Allah SWT serta sedikitpun tidak memberi impak kemajuan dalam kehidupan.

3.png - 5.48 kB

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Islam adalah agama yang bersifat terbuka dan meraikan kemajuan teknologi dan kemodenan selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syara’. Namun, sejak akhir-akhir ini kita didedahkan dengan pelbagai penyalahgunaan media sosial oleh individu tidak bertanggungjawab. Fitnah melalui penyebaran berita palsu, penghinaan agama dan isu perkauman dilihat semakin menular yang pastinya jika dibiarkan akan menimbulkan suasana tidak tenteram serta boleh mencetuskan huru hara.

Justeru, umat Islam seharusnya bersyukur dengan nikmat kemudahan teknologi terutamanya dalam penggunaan media sosial seperti aplikasi Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya serta memanfaatkannya sebagai medium yang berkesan untuk digunakan bagi mengajar, belajar dan menyeru manusia ke jalan Allah SWT. Dengan ini, terbentuklah budaya masyarakat Islam yang saling ingat-mengingati dalam membuat amal kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita semua membentuk masyarakat yang berkeupayaan mengawal teknologi, bukannya dikawal dan hanyut dengan teknologi kerana Islam mementingkan kesatuan ummah dalam membina negara yang sejahtera.

3.png - 5.48 kB

Sidang jemaah yang dirahmati Allah SWT.

Kepelbagaian bangsa manusia adalah sunnatullah untuk kebaikan manusia itu sendiri juga sebagai didikan kepada kita agar berkenalan dan memelihara hak-hak antara satu sama lain. Adalah penting keadilan ditegakkan agar tiada bangsa atau kaum yang dizalimi oleh suatu kaum yang lain. Sikap perkauman dan taksub kepada bangsa sehingga timbulnya sikap sombong dan angkuh amat bertentangan dengan nilai Islam. Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Anbiya ayat 107:

6.png - 6.51 kB

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat bagi seluruh alam dari pelbagai sudut. Maka kita sebagai umatnya, perlu mencontohi sikap rahmat baginda dengan mempunyai cara pemikiran cintakan kedamaian dan bencikan pertelingkahan. Rahmat yang dibincangkan para ulama bermaksud kasih sayang. Sifat kasih sayang yang ada pada diri seseorang akan menghindarkannya daripada menganiaya atau menzalimi orang lain. Umat Islam seharusnya berperanan sebagai pendamai dan bukannya pemecahbelah dalam masyarakat. Mempunyai sikap pendamai ini adalah penting untuk kita mengorbankan keegoan dan nafsu kita. Berjuang dan berkorban untuk membentuk akhlak mahmudah adalah penting agar orang Islam tidak dipandang sebagai orang yang suka menimbulkan provokasi dan memecahbelahkan masyarakat.

Kita juga perlu berkorban masa, tenaga, dan buah fikiran untuk memastikan masyarakat sentiasa bersatu padu dan mendapat hak serta keadilan.

Keharmonian dan perpaduan itu terbentuk hasil daripada usaha individu, iaitu diri kita sendiri.

Budaya bersatu padu seperti amal ibadah berjemaah, iaitu solat berjemaah yang diberikan pahala berganda jika menjalankannya juga aktiviti ibadah berbentuk kemasyarakatan seperti yang kita amalkan di AidilAdha. Bekerjasama menyembelih binatang korban dan membahagikan daging-daging ke golongan yang memerlukan. Begitu juga dengan mendirikan rumah Allah iaitu masjid, simbolik kepada perpaduan dan pusat komuniti tidak dapat dibangunkan dan dimakmurkan seorang diri melainkan dengan kerjasama dan bantuan dari ramai pihak. Ini semua adalah didikan Allah kepada kita agar sentiasa memperhatikan hubungan kemasyarakatan dan sentiasa menanamkan sikap perpaduan dalam diri kita sebagai seorang Muslim kerana itu adalah tujuan pengutusan Rasulullah s.a.w iaitu sebagai Rahmat ke seluruh alam.

7.png - 12.50 kB

Maksudnya:“Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak.Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari rahmat Allah).” (Surah al-Kauthar ayat 103)

8.png - 34.53 kB

 

22.png - 80.65 kB

23.png - 137.84 kB

24.png - 88.32 kB
footer-logo.png - 9.99 kB

pic8.png - 6.22 kB

Muat turun khutbah

Bilangan Pelawat

75179
TodayToday2
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week2
This MonthThis Month2
All daysAll days75179

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains