A- A A+

Khutbah Jumaat

khutbah19.png - 108.93 kB

 

Buletin Soutul Islam

Pengarah JHEAINS

biruu.png - 95.75 kB

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Aplikasi E-Perkhidmatan


Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jemaah yang dikasihi sekalian, marilah kita miningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan sehala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa. Marilah kita berterusan mengamalkan dan mentaati segala perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW.

Mudah-mudahan kita akan dirahmati oleh Allah SWT dan beroleh kejayaan di dunia dan diakhirat kelak. Mimbar Jumaat kita pada hari ini ingin mengajak para Jemaah sekalian untuk menghayati khutbah yang bertajuk “Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” bersempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.


Sidang Jemaah Yang Dimuliakan,

Sesungguhnya Raja Berpelembagaan merupakan payung kepada kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai ini. Naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bermakna rakyat dan kerajaan perlu mencurahkan taat setia supaya kerukunannegara ini sentiasa terpelihara.

Sesungguhnya kewujudan institusi raja di Malaysia perlu difahami dengan jelas oleh seluruh lapisan rakyat di Malaysia tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang pendidikan. Kita perlu menyedari asas pembinaan negara yang berkait rapat dengan populasi utama penduduk negara ini, yakni orang Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya tersendiri melalui kesultanan-kesultanan Melayu.

Peranan Institusi Raja dalam mengemudi Islam untuk terus terpelihara letak duduk dan fungsinya dalam negara ini juga perlu difahami dengan jelas oleh seluruh rakyat. Umum mengetahui bahawa termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri beraja dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Kewujudan institusi raja mampu memastikan orang Melayu terus kekal dilindungi agamanya, yakni agama Islam di samping meneruskan peranan raja mendaya upaya kepentingan-kepentingan umat Islam negara ini. Melihat semua kepada sejarah, ketika Islam belum tiba di Tanah Melayu, raja dianggap sebagai ‘penjelmaan Tuhan’ di bumi yang mempunyai kuasa mutlak. Namun begitu, kedatangan Islam ke Tanah Melayu mengubah peranan raja sebagai khalifah atau pemimpin dalam membimbing rakyat mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syariah.


Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Keadilan ialah aspek utama dalam menunaikan pemerintahan yang menjadi suruhan dan pertanggungjawaban oleh Allah kepada wakil-Nya di muka bumi bagi menjalankan amanah kekhalifahan. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis;

Mahfumnya: Nabi SAW bersabda: “Setiap kamu ialah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawabannya. Seorang ketua ialah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawabannya. Seorang lelaki ialah pemimpin kepada keluarganya dan dia akan diminta pertanggungjawabannya. Seorang wanita ialah pemimpin atas rumah suaminya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawabannya. Seorang hamba juga pemimpin atas harta tuannya dan dia juga akan diminta pertanggungjawabannya. Sungguh, setiap kamu ialah pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawabannya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Seluruh rakyat jelata selama ini telah menjadi saksi serta menyanjungi kesantunan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mencemar duli dalam menyelami hal ehwal rakyat dan negara, dengan penuh pengharapanagar ia terus dilangsungkan sepanjang pemerintahan.

Selaku penaung tertinggi agama Islam yang juga agama bagi negara ini, seluruh rakyat jelata meyakini bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong merupakan teladan untuk membawa mesej agama sebagai rahmat kepada sekalian alam ini tersemai di bumi Malaysia dengan mengharmoni dan menyatukan kepelbagaian kepada seluruh rakyat.

Menjadi ketua bagi sebuah negara merupakan suatu tugas yang sangat mencabar dan berat. Cabaran-cabaran itu wujud dalam pelbagai bentuk dan arah serta telah wujud sejak sekian lama dalam Sistem Kesultanan Melayu. Terdapat segelintir pihak yang sengaja melemparkan persepsi negatif terhadap institusi beraja. Terdapat juga induvidu yang semakin berani menghina para sultan dan raja di negara ini. Ada juga kalangan kumpulan yang sengaja mempertikaikan kuasa-kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti mempertikaikan Perkara 153, iaitu tanggungjawab memelihara hak istimewa orang Melayu. Antara tuduhan liar mereka ialah peruntukan itu membeza-bezakan antara warganegara dan dianggap sebagai diskriminasi kepada kaum lain. Perkara 153 itu dibaca sebahagian sahaja. Ia juga tidak difahami dengan konteks sejarah. Justeru, sebagai rakyat yang telah berikrar untuk memberikan kesetiaan kepada raja dan negara sepatutnya menyokong dan mempertahankan sistem Kesultanan di negara ini.


Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Sebagai muslim yang berpegang teguh dengan Manhaj Ahl-Sunnah wa al-Jamaah, kita semestinya meletakkan ketaatan kepada pemerintah dalam negara ini apatah lagi, status Yang di-Pertuan Agong yang bertindak sebagai ketua agama dalam negara. Ketahuilah bahawasanya mentaati pemimpin itu termasuk juga mentaati Allah SWT dan mentaati Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Nisaa ayat 59;

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu”.

Jumhur ulama menguatkan bahawa maksud Ulil Amri dalam ayat tersebut ialah para pemerintah dan ulama yang memiliki autoriti dalam mengurus urusan kaum muslimin, sama ada urusan dunia mahupun urusan agama. Hal ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam al-Nawawi, “Ulil Amri yang dimaksudkan ialah orang-orang yang Allah SWT wajibkan untuk taati dari kalangan para pemerintah dan pemimpin umat, inilah pendapat jumhur ulama terdahulu dan sekarang iaitu dari kalangan ahli tafsir, fiqh, dan yang lainnya.”

Imam al-Bukhari merekodkan sebuah hadis dalam sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Mafhumnya: “Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar dan mentaati.”

Ketaatan ini diletakkan selagimana tiada kecenderungan terhadap kemaksiatan dan sesuatu yang bercanggah dengan syariat Allah SWT. Dalam masa yang sama juga Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kita dengan sabdanya;

Mafhumnya: “Tidak (boleh) taat (terhadap perintah) yang padanya terdapat maksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam (perkara) kebajikan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sebagai rakyat pula, adalah wajib bagi kita menumpahkan sepenuh taat setia kepada kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan segala agenda pentadbiran dan kemakmuran dapat dicapai. Kita juga pastinya menginginkan negara ini berkembang pesat dalam keadaan seluruh rakyat hidup bahagia dan harmoni.

Maka sepatutnya kita bersama-sama memelihara keamanan dan kesatuan yang telah dibina dan meninggalkan sebarang usaha negatif yang berhasrat merosakkan keharmonian ini. Mimbar juga ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama bersatu dalam mempertahankan kedaulatan dan ketenteraman negara tanpa mengira latar belakang perbezaan agama, politik, dan kaum dari sebarang ancamandan tekanandari segenap arah.

Semoga dibawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kepercayaan kepada Tuhan, keluhuran pelembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan akan mengukuh setia dalam rakyat Malaysia semuanya. Insya-Allah.

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat; melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan kezaliman. Dia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan.” (Surah al-Nahl ayat 90)

 

Muat turun khutbah

 

Bilangan Pelawat

75188
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days75188

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains