A- A A+

Sukan MUJAS 2019

mujas-2019-headline-2.jpg - 462.08 kB

 

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?
  • Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat
  • 22/10/2019
  • Imsak 04:34:00
  • Subuh 04:44:00
  • Syuruk 06:01:00
  • Zohor 12:02:00
  • Asar 15:21:00
  • Maghrib 18:00:00
  • Isyak 19:10:00

Pengarah JHEAINS

tahniah-pengarah.jpg - 4.13 MB

Majlis Menghafaz Al-Quran

itqasMTQ.jpg - 51.97 kB

#MTQSabah2019

Aplikasi E-Perkhidmatan

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH.

SIDANG JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Saya berpesan kepada jamaah Jumaat sekelian dan kepada diri saya sendiri agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, supaya semasa kita dipaggil menghadap Allah dan dibawa kealam akhirat nanti kita dalam keadaan Islam yang taat, dan membawa hati yang bersih dari kesan-kesan dosa dan sifat-sifat mazmumah, yang melayakkan kita menjadi penghuni syurga yang kita sentiasa berusaha dan berjuang untuk mendapatkannya.


SIDANG JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,

Matlamat dan tujuan hidup kita adalah jelas iaitu untuk beribadat mengabdi diri kepada ilahi pencipta kita, sebagaimana firmannya :

Yang bermaksud. “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (Surah Az-Zhariyaat, ayat 56).


Hasil dari taat mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah, hati seseorang menjadi bersih dan baik dan dari hati yang bersih dan baik inilah menyebabkan seseorang itu sentiasa mengerjakan kebaikan dan amalamal soleh yang menyebabkan Allah meredhainya dan mengasihinya Sebaliknya sesiapa yang tidak taat kepada Allah, tidak mengerjakan suruhan Allah dan tidak meninggalkan larangan Allah, hatinya menjadi kotor dan gelap, diselaputi titik-titik hitam dan sesiapa yang berhati kotor akan lahirlah perbuatan-perbuatan jahat yang merosak dan menyusahkan orang lain.

JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Saya ingin menarik perhatian sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian bahawa sesungguhnya Allah yang maha pemurah dan mengasihani, memerintah dan mewajibkan kita mengerjakan amalan-amalan dan kerja-kerja yang boleh membersihkan hati kita dan melarang kita dari melakukan kerja-kerja maksiat yang merosakkan dan mengotorkan hati kita, dan mendatangkan azab kepada kita sendiri.
Allah mewajibkan kita beriman, mempercayai rukun iman supaya akidah dan hala tuju hidup kita ini betul, tidak susah. Allah mewajibkan kita sembahyang lima waktu supaya kita sentiasa ingat kepadanya dan mencegah kita dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, seterusnya Allah wajibkan kita mengerjakan ibadah puasa sebulan Ramadhan supaya kita menjadi orang yang bertaqwa yang sanggup menahan diri dari melakukan maksiat.
Seterusnya kita difardukan mengeluarkan zakat yang boleh merapatkan hubungan sesama manusia, yang mendatangkan kasih sayang sesama Islam dan membersihkan hati dari hasad dengki dan bakhil kedekut serta tamak haloba. Demikianlah rahmat Allah terhadap kita, kita ditugaskan mengerjakan amalan-amalan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita didunia dan di akhirat.

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Selain dari kewajipan yang tersebut, Allah SWT memfardukan pula kepada kita satu lagi amalan yang lebih hebat, yang memerlukan perbelanjaan kewangan yang banyak, masa yang lama, tenaga yang kuat untuk melaksanakannya dan faedahnya serta hikmahnya tentulah lebih besar, lebih banyak dan lebih hebat. Ibadah tersebut ialah mengerjakan haji ke baitullah yang diwajibkan sekali seumur hidup bagi yang mampu sebagaimana firman Allah SWT:

Yang bermaksud.“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya”.(Surah ali „Imran, ayat 97)

Allah swt berfirman lagi :

Yang bermaksud. "Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu Dengan berjalan kaki, dan Dengan menunggang berjenis-jenis unta Yang kurus Yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) Yang jauh”.(Surah Al-Hajj, ayat 27)


JEMAAH JUMAAT SEKALIAN,

Untuk menunaikan ibadah haji bermula daripada niat, kemudian mengumpulkan kewangan yang banyak yang memerlukan sifat pengorbanan kemudian menunggu giliran, menghadiri kursus-kursus seterusnya bermusafir ke Makkah al-mukarramah dan ke Madinah al-munawwarah yang begitu jauh.

Dengan perjalanan darat dan udaranya, dan seterusnya berkampung di Makkah al-mukarramah selama beberapa minggu dan di Madinah al-munawwarah kira-kira seminggu dan amalan bertawaf di ka'bah,  bersa'ei antara Saffa dan Marwah, berwuquf di Arafah, mabit di Muzdalifah, bermalam di Mina dan melontar batu di jamrah. Semuanya adalah kerja-kerja yang besar dan hebat. Yang setiap satu mempunyai rahsia dan hikmah yang begitu banyak dan tinggi. Pengalaman yang dilalui oleh setiap jemaah haji adalah tidak ternilai harganya. Allah menjelaskan antara hikmatnya “ liyashadu manaf'ia lahum” supaya mereka menyaksikan sendiri pelbagai manfaat untuk mereka. Pengalaman mereka dalam perjalanan, melihat keajaiban kejadian Allah, keadaan awan menggunung dilangit tinggi, keadaan dipadang pasir dengan bukit-bukau dan batu-batunya, perihal manusia dengan pelbagai bangsa dan warna kulitnya dan dapat berada disisi Ka?abah, pengalaman-pengalaman semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina dan di tempat-tempat lain, semuanya menambahkan ilmu ,menambah keinsafan, menambah kesedaran dan menambah keyakinan dan keimanan kepada kebenaran Islam dan kebesaran Allah SWT.

Semua amalan yang dilakukan semasa di tanah suci boleh menyucikan jiwa dari kesan-kesan dosa yang melayakkan seseorang jemaah haji yang mabrur mendapat kedudukan tinggi di akhirat sebagaimana sabda Nabi SAW :

Maksudnya : “Sesiapa yang mengerjakan haji dan tidak bercakap kotor dan tidak melakukan kefasikan, keluarlah ia daripada dosadosanya menjadi bersih seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya” (HR: Muttafaqun Alaih).

 

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Ibadah haji mempunyai kaitan yang rapat dengan sejarah Nabi Ibrahim AS dan puteranya Nabi Ismail AS. Mereka berdualah yang membina ka?abah, terdapat ditepinya makam Ibrahim iaitu kesan tapak kakinya semasa membinanya, terdapat di sampingnya hijr “Ismail”, telaga zam-zam yang juga anugerah Allah kepada Nabi Ismail AS semasa masih bayi hasil usaha ibunya berlari-lari mencari air diantara bukit Saffa dan Marwah. Bila disebut tentang Nabi Ibrahim dan puteranya Ismail mengingatkan kita kepada tiga sifat dan sebab utama menyebabkan Nabi Ibrahim AS mampu dan sanggup melakukan kerja-kerja besar dan berat yang diarahkan oleh Allah SWT :

1. Keimanan nabi Ibrahim terhadap Allah SWT cukup tinggi sehingga sanggup meninggalkan anaknya yang masih bayi bersama isterinya Siti Hajar ditempat yang kering kontang pada masa itu, tanpa sebarang bekalan yang sekarang ini menjadi bandar besar menjadi tumpuan umat islam seluruh dunia, iaitu Makkatul- Mukarramah.
2. Ikhlasnya Nabi Ibrahim dalam menunaikan segala perintah, dikerjakan kerana Allah semata-mata tidak kerana yang lain. Sanggup melakukan apa sahaja demi keredhaan Allah sehingga sanggup mengorbankan anak kesayangan sendiri apabila diperintahkan oleh Allah supaya berbuat demikian. Disebabkan oleh keikhlasannya mengerjakan perintah Allah pada masa itu, amalan berkorban menjadi sunnah ikutan sepanjang zaman.
3. Kesabaran Nabi Ibrahim melaksanakan segala perintah Allah, meninggalkan segala larangannya dan kesabarannya menghadapi sebarang dugaan menyebabkan ia berjaya dalam ujian Allah dan cara hidupnya menjadi ikutan dan namanya disebut berkali-kali seiring dengan nama Nabi Muhammad SAW didalam “ solawat Ibrahim” yang dibaca didalam tahiyyat setiap kali umat Islam mengerjakan sembahyang.

 

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

Kesimpulan dari apa yang telah dihuraikan adalah seperti yang berikut :

1. Tujuan dan matlamat hidup kita sebagai manusia adalah jelas iaitu mengabdi diri kepada Allah SAW, melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
2. Hati kita menjadi bersih dengan taat dan menjadi kotor dengan maksiat.
3. Mereka yang berhati bersih dikasihi Allah dan layak memasuki syurga dan yang berhati kotor dibenci Allah dan layak ke neraka.
4. Ajaran agama adalah nikmat dan rahmat dari Allah menjamin kebaikan dunia dan akhirat yang perlu dihargai, disyukuri dan diamalkan sungguh-sungguh.
5. Agama Islam adalah agama sejagat, untuk seluruh umat manusia, tanpa mengenal batas bangsa dan negara, realitinya dapat dilihat dimusim haji, mereka dari seluruh pelosok dunia berkumpul disana dalam suasana persaudaraan, bersatu hati dan bersatu matlamat.
6. Iman, ikhlas dan sabar adalah asas dan asbab kejayaan dalam menghadapi semua cabaran hidup dan sebarang ujian.

Yang bermaksud. ”(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum. oleh Yang demikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa mengerjakan Ibadat Haji. dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)”.(Surah Al-Baqarah, ayat 197)

 

Muat turun khutbah

Bilangan Pelawat

195170
TodayToday2
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week2
This MonthThis Month2
All daysAll days195170

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains