A- A A+

Sukan MUJAS 2019

mujas-2019-headline-2.jpg - 462.08 kB

 

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?
  • Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat
  • 22/10/2019
  • Imsak 04:34:00
  • Subuh 04:44:00
  • Syuruk 06:01:00
  • Zohor 12:02:00
  • Asar 15:21:00
  • Maghrib 18:00:00
  • Isyak 19:10:00

Pengarah JHEAINS

tahniah-pengarah.jpg - 4.13 MB

Majlis Menghafaz Al-Quran

itqasMTQ.jpg - 51.97 kB

#MTQSabah2019

Aplikasi E-Perkhidmatan

cover.png - 356.08 kB

 

KHUTBAH PERTAMA HARI RAYA AIDILFITRI

1440H / 2019M

1.png - 79.79 kB

MUSLIMIN JEMAAH AIDILFITRI RAHIMAKUMULLAH,

Bertaqwalah kepada Allah SWT dengan taqwa yang sebenar-benarnya. Taqwa dengan mentaati dan melaksanakan segala titah perintah Allah SWT serta meninggalkan segala yang ditegah dan dilarang-Nya.


Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu adalah semulia-mulia hamba di sisi Allah SWT dan Allah SWT akan mengangkat darjat orang bertaqwa serta dikurniakan segala macam ganjaran yang tidak disangka-sangka. Itulah antara tanda kemuliaan dan ketinggian darjat orang yang bertaqwa di sisi Allah SWT, firman-Nya:

2.png - 18.98 kB

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam naungan (yang teduh) dan (di sekitar) mata-mata air. Dan (mendapat) buah-buahan dari (macam-macam) yang mereka ingini. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu dengan enak karena apa yang telah kamu kerjakan". Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Mursalaat, ayat 41-44)

3.png - 5.89 kB

JEMAAH AIDILFITRI YANG BERIMAN,
Aidilfitri adalah hari raya yang disyariatkan Allah SWT untuk umat Islam yang beriman setelah berpuasa sebulan di bulan Ramadan. Islam menganjurkan umatnya agar meraikannya dengan syariat Islam. Yakni menyambutnya dengan amal-amal yang diredhai dan disukai oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Quran:

4.png - 9.85 kBMaksudnya: “…Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Baqarah, ayat 185)

Kita merayakan Aidilfitri dengan rasa penuh kesyukuran dan kegembiraan bersesuaian dengan tuntutan Syariat Islam agar sambutan kita mendapat pahala dan berkat, bukannya sambutan yang sia-sia. Dari Anas RA, dari Nabi SAW, sabdanya yang bermaksud: “ Hiasilah kedua-dua raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis (mensucikan Allah Ta’ala daripada segala sifat kekurangan).” (HR Abu Na’im). 

 

3.png - 5.89 kBJEMAAH AIDILFITRI YANG DIMULIAKAN,
Sempena hari mulia, hari gembira lagi penuh berkat ini, khatib dengan rendah hati ingin menarik perhatian serta mengajak jemaah sekalian untuk bersama-sama menghayati dan mengamalkan seruan dari firman Allah SWT di dalam Al-Quran dan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW berkaitan dengan Aidilfitri, hari raya yang disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh umat Islam di pelusuk dunia merupakan saranan agar kita istiqamah dengan semangat madrasah dan tarbiyah Ramadan.

Sungguh menguja dan mendamaikan, betapa cintanya umat Islam terhadap amal ibadah, amal soleh seperti bertadarrus Al-Quran, bersedekah, bersifat ihsan sesama insan, beristighfar, solat Tahajjud dan sebagainya, itulah warna warni dan gambaran indah kehidupan umat Islam sepanjang bulan Ramadan, manakala masjid dan surau pula diimarahkan dengan berbagai aktiviti amal soleh.
Inilah kesan positif madrasah dan tarbiyah Ramadan sungguh hebat. Semoga ia terus mekar dan berterusan di bulan-bulan berikutnya hatta sepanjang tahun, in syaa Allah ia akan berterusan sepanjang hayat kita.

 

3.png - 5.89 kBJEMAAH AIDILFITRI YANG BERBAHAGIA,
Aidilfitri menghidupkan ukhuwah dan perpaduan ummah seperti firmanNya:

5.png - 25.17 kBMaksudnya: “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah Al-Hujurat, ayat 10)

Fitrah umat Islam itu tetap bersaudara dalam jalinan kukuh agama. Firman Allah SWT:

8.png - 18.41 kBMaksudnya: “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara…” (Surah Ali Imran, ayat 103)

Sehubungan itu, bersesuaian dengan kemuliaan dan keberkatan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini, marilah bersama-sama kita mengukuhkan lagi jalinan tali ukhuwah dan silaturrahim sesama sanak saudara, adik-beradik, sahabat, jiran dan taulan melalui amalan ziarah, kunjung- mengunjung, jamu- menjamu, rumah terbuka, bertegur sapa, bermaaf-maafan dan seumpamanya.

Seterusnya bersama-sama kita sebagai umat Islam yang beriman untuk bersama prihatin terhadap saudara seagama kita yang berada nun jauh di pelusuk dunia seperti di Palestin, Syria, Yaman dan di mana-mana jua di seluruh dunia yang mengalami kesukaran kerana peperangan, pertelingkahan dan pergolakan. Setidak-tidaknya dengan sedikit simpati dan titipan doa yang tulus ikhlas, seluruh umat Islam akan dapat mengeluarkan mereka dari situasi yang sukar dan sempit yang mereka alami.

Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Perumpamaan orang Mukmin itu dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling berlemah lembut di antara mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota badan sakit, maka semua anggota badannya juga merasa demam dan tidak dapat tidur.” (HR Imam Al-Bukhari dan Muslim).

 

3.png - 5.89 kBJEMAAH AIDILFITRI YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Sempena hari mulia penuh kegembiraan ini, sebagai umat islam yang beriman yang suka mengikut petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, inilah saat dan masa terbaik kita mempraktikkan segala amal baik dan Sunnah-sunnah Rasulullah SAW semasa merayakan Hari Raya Aidilfitri. Maka adalah suatu yang sumbang, apabila 1 Syawal Aidilfitri umat Islam tanpa segan silu melanggar petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dengan amalan pembaziran, pergaulan bebas lelaki dan perempuan bukan mahram, hiburan yang melampau, mengabaikan solat fardhu dan sebagainya.

Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, Baginda mendapat tahu bahawa kaum Ansar mempunyai dua hari perayaan, mereka bergembira dan bersuka-ria. Rasulullah SAW bertanya: Apa sempena dua hari raya ini? Jawab mereka: Dua hari raya ini biasanya kami merayakan pada zaman jahiliyah. Rasulullah SAW pun berkata: Allah telah menggantikan kamu dengan dua hari yang lebih baik dari hari-hari tersebut, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


Sehubungan itu, marilah kita mengisi kemuliaan dan keberkatan Hari Raya Aidilfitri ini dengan amal-amal soleh yang memberikan kita pahala, yang disukai Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengikuti Sunnah-sunnah Rasulullah SAW, antaranya:
1. Amalan bermaafan.
2. Amalan memberi salam dan jalinan kekeluargaan.
3. Amalan ziarah atau kunjung-mengunjungi.
4. Amalan memberi hadiah atau duit raya terutama kepada kanak-kanak, sebagai tanda kasih kita.
5. Amalan menjamu selera, jangan membazir dan melampaui batas.
6. Puasa sunat bulan Syawal.
7. Menjaga ibadah fardhu sepanjang merayakan Hari Raya Aidilfitri seperti solat fardhu lima waktu.
8. Berwaspada dengan menjaga keselamatan terutama semasa memandu kenderaan sepanjang perjalanan berziarah Hari Raya serta memperbanyak doa musafir dan doa menaiki kenderaan.

 

3.png - 5.89 kBJEMAAH AIDILFITRI YANG DIMULIAKAN,
Demikianlah, indah dan gembiranya Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh umat Islam. Namun sesungguhnya, usahlah kita terleka dan hanyut di arus Sambutan Hari Raya sehingga kita tidak fokus dan lalai dalam memajukan serta menjaga keselamatan negara ini sedangkan ia merupakan tanggungjawab dan amanah kita bersama untuk mempertahankan negara ini. Maka oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi yang telah mengurniakan keamanan ke atas negara kita, tidak sepertimana negara-negara lain yang bergejolak. Firman Allah SWT:

9.png - 8.94 kBMaksudnya: “…(Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun". (Surah Saba’, ayat 15)

 

10.png - 37.12 kB

 

 *****


11a.png - 45.17 kB

11b.png - 50.28 kB

11c.png - 43.56 kB

 

11d.png - 88.20 kB

11e.png - 86.47 kB

 

footer-logo.png - 9.99 kB

Disediakan oleh:
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INFORMASI
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH

 

*****

“TAQABBALALLAHU MINNA WAMINKUM”

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 2019
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI SELURUH KAKITANGAN JHEAINS SELURUH SABAH

 

Muat turun khutbah

Bilangan Pelawat

195263
TodayToday2
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week2
This MonthThis Month2
All daysAll days195263

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains