A- A A+

Khutbah Jumaat

khutbah19.png - 108.93 kB

 

Buletin Soutul Islam

Pengarah JHEAINS

biruu.png - 95.75 kB

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Aplikasi E-Perkhidmatan


SIDANG JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,
 
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan sidang hadirin sekalian, agar marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, dengan sentiasa patuh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan, kita semua dibangkitkan dalam kalangan orang yang memperolehi kejayaan di akhirat kelak.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN, 
 
Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana kita semua telah sampai ke bulan mulia dan penuh berkat ini iaitu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan di mana ia merupakan bulan diturunkan Al-Quran Al-Kareem. 
 
Sesungguhnya, Ramadhan dan Al-Quran tidak dapat dipisahkan. Maka begitulah juga hendaknya diri kita janganlah dipisahkan dengan Al-Quran kerana kemuliaan Ramadhan berkait rapat dengan penurunan al-Quran. Begitulah hati kita bila sentiasa disirami dan dipenuhi dengan al-Quran akan membawa kepada kemuliaan diri, dunia dan akhirat. 
 
Maka, amatlah rugi apabila kita banyak meluangkan masa dengan membaca akhbar, majalah, melayari laman sosial, menonton kaca tv, melayari internet sedangkan sentiasa memberi seribu satu alasan untuk tidak membaca Al-Quran. Betapa ruginya kita mampu berbincang dan belajar ilmu dunia yang lain sedangkan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk tidak belajar al-Quran dan memahami makna serta isi kandungannya. Dan betapa ruginya manusia yang merasa malu jika tidak mampu menguasai bahasa dunia yang lain terutama Bahasa Inggeris sedangkan dia tidak pernah merasa malu kerana tidak pandai membaca al-Quran apatah lagi memahami maknanya. 
Seharusnya kita menggandakan amalan kita di bulan yang penuh berkat ini kerana berkat penurunan Al-Quran. Firman Allah dalam surah ad-Dukhan ayat 3-6:
 
 
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).”  [QS Ad-Dukhan : 3-6]
 
Oleh itu, sempena berada di bulan Ramadhan, bulan al-Quran maka marilah kita samasama menjinakkan diri dan mendekati al-Quran serta menjadikan al-Quran sebagai kawan baik buat kita dan sering dibawa, dibaca dan dihayati sepanjang masa. 
 
Di antara cara untuk sentiasa seronok dan bersemangat untuk membaca al-Quran ialah:
 
[1] Pelajari dan ketahui tentang manfaat dan keutamaan membaca Al-Qur’an 
 
[2] Buat komitmen pada diri sendiri untuk selalu Istiqomah dalam mambaca Al-Qur’an setiap hari. Yakinkan diri sendiri, bahawa tidak ada yang boleh memisahkan kita dari
AlQur’an kecuali jika ajal sudah datang menjemput.
 
[3] Mencari teman yang tujuannya sama di mana bila kita bersama-sama dengan orang yang sama-sama mencintai AlQur’an akan mendorong keinginan kita dalam membaca dan mempelajari al-Quran.
 
[4] Bergabung dengan komuniti pencinta Al-Qur’an termasuk melalui jaringan online. Jika kita boleh whatsap dan berhubung untuk perkara hiburan melalui internet, maka mengapa tidak boleh untuk berbuat demikian dalam masalah belajar al-Quran
 
[5] Tanam rasa cinta kepada Al-Qur’an dan memiliki hasrat untuk terus mempelajari AlQur’an untuk kebaikan dunia dan akhirat kita

SIDANG JUMAAT YANG DIBERKATI ALLAH,
 
Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 82:
 
 
Maksudnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” [QS Al-Isra’ : 82]
 
Di antara keistimewaan al-Quran sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadis nabi SAW ialah:
 
[1] Al-Quran sebagai penawar hati dari penyakit syirik, nifak dan yang lainnya. Di dalam al-Qur’an ada sebahagian ayat-ayat dan surah-surah yang berfungsi untuk mengobati badan seperti surat al-Fatihah, an-Naas dan al-Falaq serta yang lainnya tersebut di dalam Sunnah.
 
[2] Al-Quran terpelihara daripada penyelewengan berbanding kitab-kitab samawi lainnya seperti Taurat dan Injil telah banyak dirubah oleh pemeluknya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 9:
 
 
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” [QS Al-Hijr : 9]
 
[3] Al-Quran terjaga dari pertentangan atau percanggahan antara ayat-ayatnya. Firman Allah dalam surah an-Nisaa’ ayat 82:
 
 
Maksudnya: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapatkan pertentangan yang banyak di dalamnya.” [QS surah An-Nisaa’ : 82]
 
[4] Al-Quran mudah untuk dihafal berdasarkan firman Allah dalam surah al-Qamar ayat 32:
 
Maksudnya: “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran...”  [QS Al-Qamar : 32]
 
[5] Al-Quran merupakan mukjizat dan tidak seorang pun mampu untuk mendatangkan yang semisalnya. Allah telah mencabar kafir Quraisy untuk mendatangkan ayat seumpama al-Quran maka mereka tidak mampu. Firman Allah dalam surah Yunus ayat 38 :
 
 
Maksudnya: “Atau (patutkah) mereka mengatakan: “Muhammad merekanya (alQuran). Katakanlah: “(Kalau benar yang kamu dakwa itu), maka cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya …” [QS Yunus : 38]
 
[6] Al-Quran mendatangkan ketenangan dan rahmat bagi siapa saja yang membacanya
 
 
Maksudnya: “Tidaklah berkumpul suatu kaum dalam suatu majlis membaca al-Quran dan mempelajarinya kecuali turun pada mereka ketenangan dan diliputi oleh rahmat dan dikerumuni oleh malaikat dan Allah akan menyebutkan mereka di hadapan para malaikatnya.” [HR Muslim]
 
[7] Al-Quran akan memintakan syafa’at kepada Allah bagi orang yang membacanya, 
 
 
Maksudnya: “Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memohonkan syafa’at bagi orang yang membacanya (di dunia).” [HR Muslim]

SIDANG JUMAAT YANG DIBERKATI ALLAH,
 
Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 89:
 
 
Maksudnya:[/b] “... dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.” [QS An-Nahl : 89]
 
Al-Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman di mana segala sistem yang berada di dalamnya sesuai dengan fitrah manusia tanpa mengira bangsa, di mana sahaja tempat dan masa mereka berada. Oleh itu, jangan kita terikut-ikut dengan laungan golongan Liberal dalam memahami al-Quran supaya kita tidak menjadi manusia yang sesat. Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional. Sehingga tahap yang lebih sesat golongan Liberal mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.
 
Golongan liberal mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional. Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qat’ie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan Liberal perlu dinilai semula ialah: Hukum pembahagian pusaka yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita, keharusan poligami bagi lelaki, kewajipan bertudung ke atas wanita, hukuman bunuh ke atas orang murtad, hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah, larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat, hak mutlak suami untuk mencerai isteri, larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam dan undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,[
 
Sebagai mengakhiri khutbah Jumaat kali ini, Khatib sekali lagi mengajak Jemaah sekalian supaya bersama-sama kita menjinakkan diri kita untuk mendekati Al-Quran dan menggandakan ganjaran pahala yang diusahakan di bulan istimewa ini. Usahlah disia-siakan masa yang diberi dengan benda lain selain daripada memperbanyakkan beribadat kepada Allah. Cubalah sedaya upaya dalam mentarbiah diri mencintai kalam Allah bukan sekadar membaca, tetapi juga memahami maknanya sekali. Ini kerana AlQuran memiliki keistimewaan-keistimewaan yang tidak dimiliki oleh kitab lainnya.
 
Maka, seharusnya kita menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang digunakan untuk sepanjang zaman. Dan dengan memahami isi kandung Al-Quran, kita dapat melindungi dan menjaga kesucian Islam daripada ideologi golongan Liberal dan seumpamanya.
 
 
Maksudnya: “Daripada Ali bin Abi Talib RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca al-Quran lalu dizahirkan (dalam kehidupannya), menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan dia dapat memberikan syafaat kepada sepuluh orang daripada ahli keluarganya yang sepatutnya dimasukkan ke dalam api neraka” [HR Tirmidzi]
 

Bilangan Pelawat

75158
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days75158

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains