A- A A+

Khutbah Jumaat

khutbah19.png - 108.93 kB

 

Buletin Soutul Islam

Pengarah JHEAINS

biruu.png - 95.75 kB

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Aplikasi E-Perkhidmatan

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, 
 
Pada hari yang mulia ini, khatib menyeru kepada seluruh kaum Muslimin supaya kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua dibangkitkan dalam kalangan orang yang memperolehi kejayaan di akhirat kelak.
 
KAUM MUSLIMIN YANG DIKASIHI SEKALIAN, 
 
Kita sedar bahawa manusia memiliki dua misi utama di muka bumi ini iaitu sebagai hamba Allah SWT dan juga khalifah-Nya. Tuntutan sebagai hamba Allah SWT adalah dengan mengabdikan diri kepada-Nya. Manakala, tuntutan sebagai khalifah adalah dengan mengurus dan mentadbir alam ini mengikut aturan dan kehendak Allah SWT.
 
Dalam melaksanakan tanggungjawab khalifah ini, manusia diberikan akal yang berfungsi untuk memandu perlakuan supaya menurut setiap perintah Allah SWT. Allah SWT menciptakan alam untuk ditadbir dan diurus dengan baik. Selari dengan peranan urus tadbir ini juga, Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah diberi peranan dan tanggungjawab untuk memastikan pengawal-seliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalu lintas di jalan-jalan dan kenderaan-kenderaan di atasnya dalam keadaan terbaik bagi memastikan keselamatan pengguna-pengguna terpelihara dan terbela.
 
Bersempena dengan sambutan hari JPJ kali ke 73 tahun 2019 yang mana disambut pada bulan April setiap tahun, mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk “KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA”.
 
HADIRIN MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN, 
 
Memelihara nyawa adalah antara maqasid dan tujuan utama syarak bagi menjamin kesejahteraan manusia. Selaras dengan maqasid itu juga, peranan ini turut dimainkan oleh JPJ Malaysia. Islam adalah agama yang istimewa dan mempunyai matlamat yang unggul. Allah SWT yang Maha Bijaksana dengan segala rahmat-Nya telah mengajarkan kepada manusia mengenai kepentingan pemeliharaan nyawa. Dalam islam, setiap individu diwajibkan untuk menjaga keselamatan diri masing-masing daripada segala jenis ancaman dan bahaya. Agama kita melarang keras perbuatanperbuatan yang boleh mengancam keselamatan diri sendiri mahupun orang lain.
 
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: 
 
 
Maksudnya: “Setiap orang Muslim ke atas orang Muslim haram (terpelihara) darah, harta dan kehormatannya.”
 
Kita diharamkan menumpahkan darah dan mengambil harta orang lain, disebabkan kebiadapan kita di jalan raya. Kecelakaan di jalan raya dapat dielakkan atau setidaktidaknya dapat dikurangkan dengan cara berhati-hati, berdisiplin dan mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.
 
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN, 
 
Kemalangan khususnya di jalan raya merupakan suatu musibah atau ujian Allah yang tidak dijangka. Ini merupakan satu fakta. Walaupun begitu, manusia diberikan kepandaian dan kreativiti untuk melihat kaedah terbaik dalam mengurangkan risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dengan wujudnya teknologi-teknologi terkini khususnya dalam bidang automotif ini, ianya boleh menyumbang kepada elemen pencegahan daripada berlaku kemalangan. Pencegahan ini pula adalah amat-amat dituntut agama dimana pencegahan adalah lebih baik daripada pemulihan. Ianya mampu mengurangkan atau mengelakkan diri daripada kemalangan di jalan raya dan seterusnya menjadi mangsanya.
 
Panduan asas berkaitan perkara ini telah pun dijelaskan dalam agama. Islam menekankan bahawa agama, nyawa, akal, keturunan dan harta merupakan asas yang perlu manusia pelihara. Ini merupakan maqasid syariah atau matlamat syariah diturunkan kepada manusia. Dalam kaedah perundangan fiqh Islam, jika dengan melakukan sesuatu perkara dapat melengkapkan tuntutan agama, maka agama menuntut manusia melakukan perkara berkenaan. Dengan tidak terjebak dalam kemalangan jalan raya, manusia dapat memenuhi aspek tuntutan maqasid syariah.
 
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH, 
 
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, kemalangan jalan raya adalah berada di tangga ke-4 sebagai punca kematian utama rakyat Malaysia pada tahun 2017.
 
Berdasarkan kepada statistik kemalangan maut sehingga tahun 2018 pula mencatatkan 6,284 bilangan kematian dengan purata 18 kematian sehari atau 1 kematian setiap 1 jam 20 minit. Statistik juga mencatatkan bahawa 4,128 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bahawa 30% daripada kematian yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal ialah golongan berumur 16 ke 25 tahun yang berbangsa Melayu, dan daripada jumlah tersebut 40% daripadanya tidak mempunyai lesen memandu.
 
Jalan raya merupakan satu kemudahan awam yang menjadi penghubung dari satu tempat  ke satu tempat sama ada dari bandar ke desa atau sebaliknya. Ianya bukanlah tempat untuk menunjukkan kehebatan atau keberanian ketika memandu, tetapi menjadi tanggungjawab kita semua sebagai pengguna untuk menjaga dan memelihara kemudahan ini serta menjadikannya sebagai satu medan yang selamat.
 
Pelanggaran peraturan jalan raya seperti memotong di garisan berkembar, memandu laju, melawan arus dan melanggar lampu isyarat merah serta merempit boleh mengundang kecelakaan, bukan sahaja kepada diri sendiri malah juga kepada orang lain yang tidak bersalah. Jangan sampai kecuaian dan sikap buruk kita menjadi punca kepada malapetaka yang menyebabkan orang lain tercedera atau terbunuh.
 
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 195:
 
 
Maksudnya: “… dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”
  
HADIRIN JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,
 
Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca utama kemalangan sehingga kehilangan nyawa iaitu:
 
1. Faktor sikap manusia, seperti memandu dalam keadaan mengantuk dan kurang tumpuan, kurang berhati-hati ketika memandu, menggunakan telefon bimbit, memandu melebihi had laju serta berlumba secara haram terutamanya penunggang motosikal.
 
2. Faktor mekanikal kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik untuk memastikan keselamatannya di jalan raya.
 
3. Faktor keadaan jalan raya yang rosak dan berbahaya kepada pengguna.
 
Oleh yang demikian, pengguna-pengguna jalan raya hendaklah mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan seperti mematuhi had laju, memakai tali pinggang dan topi keledar, mematuhi lampu isyarat, menghormati pemandu-pemandu lain, tidak mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Semua hal tersebut adalah tanggungjawab kita sebagai pengguna jalan raya supaya tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain.
 
Bersempena dengan sambutan hari JPJ kali ke-73 pada bulan April ini, mimbar menyeru kepada para Jemaah dan umat Islam sekalian, marilah:
 
1. Sama-sama kita menghargai nyawa yang diberikan oleh Allah SWT dengan mengelak diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan memudaratkan kehidupan.
 
2. Beradab dan bersopanlah ketika berada di jalan raya dengan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan jalan raya.
 
3. Janganlah mementingkan diri sendiri ketika menggunakan jalan raya, bahkan, hendaklah menghormati dan bertolak ansur terhadap pengguna yang lain.
 
4. Selain mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan kecelakaan berlaku, penggunapengguna dinasihatkan agar sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT  ketika memulakan perjalanan dengan berkenderaan.
 

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH, 
 
Mengakhiri khutbah hari ini, berikut adalah kesimpulan yang dapat diambil sebagai pedoman dan peringatan bersama:
 
Pertama: Nyawa dan kehidupan adalah nikmat pemberian yang paling berharga daripada Allah SWT.
 
Kedua: Islam mengharamkan umatnya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang bersifat membinasakan nyawa sendiri atau orang lain.
 
Ketiga: Semua pihak perlulah sentiasa mengambil sikap bertanggungjawab khususnya di jalan raya bagi mengelakkan kecelakaan berlaku ke atas diri sendiri, mahupun pengguna jalan raya yang lain.
 
Allah berfirman di dalam surah Az-Zukhruf, ayat 13-14: 
 
 
Maksudnya: “Maha suci Tuhan yang menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami”.
 

Bilangan Pelawat

75057
TodayToday2
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week2
This MonthThis Month2
All daysAll days75057

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains