A- A A+

Sukan MUJAS 2019

mujas-2019-headline-2.jpg - 462.08 kB

 

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?
  • Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat
  • 22/10/2019
  • Imsak 04:34:00
  • Subuh 04:44:00
  • Syuruk 06:01:00
  • Zohor 12:02:00
  • Asar 15:21:00
  • Maghrib 18:00:00
  • Isyak 19:10:00

Pengarah JHEAINS

tahniah-pengarah.jpg - 4.13 MB

Majlis Menghafaz Al-Quran

itqasMTQ.jpg - 51.97 kB

#MTQSabah2019

Aplikasi E-Perkhidmatan

Untitled.png - 75.01 kB

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini diberkati di dunia dan akhirat.

 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Alam sekitar merupakan anugerah Allah yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Allah telah menciptakan alam ini dengan sempurna dan seimbang untuk kemakmuran manusia. Kebanyakan makhluk amat bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini terutamanya manusia. Bumi yang luas ini dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-ganang sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, hujan sebagai sumber rezeki, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan laut yang dijadikan untuk memudahkan hidup manusia. Hal ini dijelaskan Allah melalui firman-Nya dalam Surah Ibrahim, ayat 32 dan 33:

2.png - 25.95 kB

Maksudnya: “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). (32) Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.(33)”


Namun, kebelakangan ini kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, jerebu, ribut, kemarau dan ombak besar Tsunami yang mana menunjukkan bahawa alam ini tidak dijaga sebaiknya oleh manusia. Justeru, sekiranya alam ini tidak dijaga dengan baik, nescaya banyak bencana akan berlaku dan menjejaskan kesejahteraan negara.

 

SIDANG JUMAAT YANG MULIA,
Kita semua adalah khalifah yang diberi amanah untuk mengurus dan mentadbir bumi ini dengan sebaiknya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (HR: Muslim)

 

Maka, amatlah penting bagi kita memastikan sumber yang ada dimanfaatkan sebaiknya bagi membolehkan generasi akan datang untuk hidup dalam persekitaran yang berkualiti. Namun, persoalan yang timbul ialah sejauh mana kita merasa bertanggungjawab memelihara alam sekitar ini. Tabiat seperti membuang sampah merata-rata, membuang sisa buangan termasuk bahan kimia secara terus ke laut dan sungai, melepaskan asap kilang tanpa tapisan, menceroboh hutan secara berleluasa, menjalankan aktiviti pembangunan secara tidak terkawal, melakukan pembakaran secara terbuka dan pelbagai aktiviti seumpamanya yang akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada alam sekitar seperti peningkatan suhu bumi, pencemaran sumber air, pencemaran udara, banjir besar, tanah runtuh, pembakaran hutan, kepupusan flora dan fauna dan perubahan cuaca tidak menentu yang pasti menjejaskan kehidupan manusia. Pelbagai bencana dan kerosakan alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia adalah di sebabkan oleh kerakusan dan kecuaian manusia itu sendiri. Sebagaimana yang diperingatkan oleh Allah dalam surah al-Rum ayat 41:

3.png - 11.47 kB

Maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan o/eh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”


SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Baru-baru ini rakyat Malaysia khususnya penduduk Pasir Gudang telah digemparkan dengan kejadian pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak yang telah melakukan pembuangan bahan kimia berhampiran Sungai Kim Kim. Kesihatan ribuan penduduk berhampiran terjejas akibat pencemaran udara, air sungai Kim Kim dan persekitaran juga tercemar dengan bahan kimia yang tidak dilupuskan melalui kaedah yang ditetapkan.
Selain itu, keadaan cuaca panas dan kering yang dialami oleh sesetengah Negeri di Malaysia pada masa ini dikenal pasti antara punca kepada berlakunya kebakaran hutan. Lebih memburukkan keadaan apabila aktiviti pembakaran terbuka turut dikesan berlaku secara berleluasa untuk tujuan pertanian. Kejadian dan aktiviti seumpama ini menyebabkan kemerosotan kualiti udara dan seterusnya mengakibatkan jerebu setempat. Oleh hal yang demikian, marilah kita sama-sama menjadi masyarakat yang lebih prihatin dengan tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan kita dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.


Sesungguhnya hubungan manusia dan alam sekitar sememangnya rapat, malah kedua-duanya saling memerlukan. Sekiranya satu musnah, maka sengsaralah pihak yang satu lagi. Maka tidak hairan apabila Islam begitu menitikberatkan tanggungjawab makhluk bernama manusia untuk mengekalkan keharmonian dunia dan menjaga segala isi alam anugerah Pencipta. Kita Bukan sahaja perlu memelihara amanah besar tersebut, bahkan kita juga perlu bertindak bijak dalam mengatur penggunaan hasil bumi secara lestari demi memastikan generasi seterusnya tidak terbeban dengan sifat tamak dan kerakusan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
Pelaksanaan amalan teknologi hijau pada masa ini seperti tidak menggunakan plastik, mengurangkan penggunaan tenaga, menjimatkan elektrik, dan sebagainya dilihat sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengekalkan keseimbangan dan keharmonian alam sekitar, seterusnya memastikan manusia dapat menunaikan tanggungjawab secara langsung terhadap ciptaan Allah tersebut. Umat Islam perlu sentiasa berusaha meningkatkan usaha menjaga dan memulihara alam sekitar serta memastikan corak pengurusan kehidupan yang mampan berhubung isu alam semula jadi, sekali gus menyumbang ke arah kesejahteraan planet ini untuk diwarisi generasi masa kini dan generasi akan datang.

 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sesungguhnya, setiap kejadian bencana alam yang terjadi ini membuatkan kita sedar bahawa bumi ini dan segala isinya hanyalah pinjaman sementara daripada Allah kepada manusia dan tidak wajar diperlakukan sedemikian rupa. Pelbagai kempen pendidikan dan kesedaran alam sekitar yang diusahakan akan berakhir dengan kegagalan sekiranya tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar masih pada tahap rendah dan mengecewakan. Oleh itu, seharusnya ia bermula dari diri kita sendiri, seterusnya keluarga, masyarakat dan negara.


Oleh yang demikian, mimbar menyeru hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu dan bersatu padu untuk sama-sama memakmurkan bumi Allah ini dengan sebaik-baiknya. Setiap anggota masyarakat boleh bertindak sebagai Rakan Alam Sekitar dengan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam membantu menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti-aktiviti yang merosakkan alam sekitar. Dengan adanya institusi kerajaan yang mantap serta sokongan dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat dan warga yang prihatin, pastinya pelbagai isu berkaitan alam sekitar dapat ditangani dengan lebih baik dan berkesan hendaknya.


Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman hidup, antaranya:-

Pertama: Allah telah mencipta alam ini dengan amat sempurna dan seimbang untuk kemakmuran manusia sebagai khalifah di bumi ini.
Kedua: Manusia bertanggungjawab memakmurkan bumi dan memelihara alam sekitar dengan sebaik-sebaiknya kerana ianya adalah suatu amanah dalam konteks individu, keluarga, masyarakat dan juga Negara.
Ketiga: Islam melarang sebarang bentuk perlakuan kerosakan di atas muka bumi, sama ada kerosakan jiwa, harta benda mahupun alam sekitar.

4.png - 20.12 kB

Maksudnya: “Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

5.png - 27.13 kB

Bilangan Pelawat

195206
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days195206

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains