A- A A+

Sukan MUJAS 2019

mujas-2019-headline-2.jpg - 462.08 kB

 

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?
  • Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat
  • 22/10/2019
  • Imsak 04:34:00
  • Subuh 04:44:00
  • Syuruk 06:01:00
  • Zohor 12:02:00
  • Asar 15:21:00
  • Maghrib 18:00:00
  • Isyak 19:10:00

Pengarah JHEAINS

tahniah-pengarah.jpg - 4.13 MB

Majlis Menghafaz Al-Quran

itqasMTQ.jpg - 51.97 kB

#MTQSabah2019

Aplikasi E-Perkhidmatan

1.png - 64.20 kB

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan ketaqwaan yang sebenar, iaitu dengan melakukan segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

 

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Sesungguhnya, sama ada kita sedar atau tidak, kini kita berada dalam bulan Sya’ban, iaitu bulan yang ke-8 dalam kalender Islam dan tidak lama lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak penghulu segala bulan yang mana merupakan bulan yang memiliki pelbagai kemuliaan, dijanjikan ganjaran yang berganda, dilimpahi keberkatan serta dilimpahi rahmat dan juga keampunan.

Namun, janganlah dilupa akan bulan Sya’ban iaitu merupakan bulan persediaan bagi menghadapi Ramadhan al-Mubarak yang juga merupakan bulan meningkatkan ibadah dan bulan bagi memperbaiki diri. Oleh itu, tidak seharusnya kita mengabaikan bulan mulia ini dan hanya menanti kehadiran bulan Ramadhan. sedang Rasulullah SAW sendiri pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid, katanya, “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa pada bulan Sya’ban?” Lalu Rasulullah SAW menjawab:

2.png - 11.34 kB

Maksudnya: “Sya’ban ialah bulan yang terletak antara Rejab dan Ramadhan yang sering dilupakan oleh manusia. Ia adalah bulan yang di dalamnya amal-amal perbuatan akan diangkat ke sisi Tuhan semesta alam. Maka aku lebih suka apabila amalku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.”
(Hadis Riwayat An-Nasaie)

 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Sebagai persediaan bagi menempuhi bulan Ramadhan yang penuh keberkatannya ini, kita sewajarnya mempersiapkan diri bermula dari sekarang. Berikut adalah beberapa persiapan yang wajar dibuat sebelum ketibaan Ramadhan al-Mubarak:

Pertama: Kita hendaklah bersama-sama mengulangkaji ilmu pengetahuan tentang kesempurnaan ibadah puasa. Bagi mencapai darjat puasa yang sempurna, kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana cara melaksanakan ibadah puasa yang sebenar sejajar dengan kehendak syarak.

Kedua: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan puasa-puasa sunat. Menurut hadis diriwayatkan Ahmad, Abu Daud dan An-Nasaie bahawasanya Saidatina Aisyah mengatakan, “Nabi SAW memberikan perhatian terhadap hilal bulan Sya’ban, tidak sebagaimana perhatian beliau terhadap bulan-bulan yang lain. Kemudian beliau berpuasa ketika melihat hilal Ramadhan. Jika hilal tidak kelihatan, beliau genapkan Sya’ban sampai 30 hari.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & An-Nasaie).

Ketiga: Perbanyakkan amalan lainnya kerana pada bulan ini terdapat malam Nisfu Sya’ban. Allah menurunkan rahmat-Nya serta memberikan keampunan kepada hamba-Nya pada malam tersebut sepertimana yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasalah pada siang harinya. Sesungguhnya rahmat Allah turun ke langit dunia pada saat matahari terbenam dan Allah berfirman, “Tiadakah sesiapa yang ingin memohon keampunan kepada-Ku? Jika ada, nescaya Aku akan berikan kepadanya. Tiadakah sesiapa dalam kalangan hamba-Ku yang sakit? Jika dia mohon disembuhkan, nescaya Aku akan sembuhkannya. Begitulah seterusnya sehingga terbit fajar.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Di antara peristiwa penting yang harus kita ketahui ialah di dalam bulan Sya’ban ini terjadinya perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Palestin ke arah Masjidil Haram di Makkah. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 144:

3.png - 19.70 kB

Maksudnya: “Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”


Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai persediaan menghadapi Ramadhan al-Mubarak, ini merupakan bulan yang paling baik bagi melatih diri meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT. Perlu di ingat, pada bulan ini, segala amal perbuatan kita akan diangkat di sisi Allah SWT.

 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Mengakhiri khutbah hari ini, dapat disimpulkan bahawa:
1) Dalam kegembiraan menjelang Ramadhan, kita juga perlu mengalualukan bulan Sya’ban kerana ia merupakan bulan mempertingkatkan ibadah dan memperelok diri.
2) Kita perlulah memperbanyakkan ibadah dalam bulan Sya’ban seperti membiasakan diri berpuasa sunat, memperbanyakkan solat sunat serta menghidupkan malam  hari dengan amalan kebaikan dan doa.
3) Umat islam hendaklah berebut-rebut untuk menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dan istiqamah dalam mengerjakan amal soleh.

Firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8:

4.png - 6.87 kB

Maksudnya: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) (8)”.

 

5.png - 24.16 kB

Bilangan Pelawat

195316
TodayToday2
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week2
This MonthThis Month2
All daysAll days195316

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains