A- A A+

Khutbah Jumaat

khutbah19.png - 108.93 kB

 

Buletin Soutul Islam

Pengarah JHEAINS

biruu.png - 95.75 kB

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Aplikasi E-Perkhidmatan

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat serta mendapat perlindungan Allah demi mencari keredhaan-Nya di dunia mahu pun di akhirat. Pada hari yang penuh keberkatan ini, khatib akan membicarakan khutbah bertajuk “Selamatkan Al-Aqsa” sebagai usaha mengajak sidang Jumaat dan seluruh umat Islam untuk menyatakan solidariti bersama-sama dalam mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid AlAqsa.


SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini wilayah Palestin semakin dihimpit, penduduknya saban hari ditindas dan dizalimi. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di bumi Palestin. Tahun lepas genap tahun ke-70, sejak penubuhan negara haram Israel di bumi Palestin. Semenjak itu beribu-ribu orang Palestin telah terkorban dan tercedera. Kerakusan Zionis Yahudi dalam merampas Bumi Palestin daripada orang Islam kelihatan amat jelas apabila kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin sejak abad ke-20 dan hingga kini, semakin meningkat hari demi hari. Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Maidah ayat 78:

Maksudnya: “Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.” 

Profesor Dr. Muhammad Sayyid Tantawi, Mantan Syeikh al-Azhar telah menggambarkan sifat keji bangsa Yahudi ini melalui bukunya “Banu Israel fi alQuran wa as-Sunnah”, bahawa Israel sebagai bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanakkanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan, Syria, Lebanon, Iraq, semenanjung Sinai dan termasuklah Madinatul Munawwarah.


SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Masjid Al-Aqsa merupakan masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam, dan kini kedudukan masjid itu dalam keadaan yang amat membimbangkan rentetan daripada pembinaan terowong-terowong di bawah tanah kawasan masjid oleh rejim Zionis menyebabkan kerosakan pada bangunan masjid yang semakin hari semakin parah. Selain itu, kita amat kesal atas sikap biadap dan tidak bertanggungjawab sesetengah negara yang menyokong jenayah keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis ini. Sikap negara-negara kuasa besar ini berdiam diri dalam isu melibatkan kepentingan Islam dan umat Islam. Namun mereka bertindak pro-aktif dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat yang bukan Islam. Ia secara langsung membuka peluang yang besar bagi musuh-musuh Islam untuk terus menceroboh dan mencabul kesucian Islam Sebagai umat Islam, kita tidak perlu bergantung kepada simpati dan bantuan golongan yang memusuhi Islam. Kerana Allah telah memberikan peringatan bahawa golongan ini tidak sekali-kali akan melindungi Islam dan umatnya melainkan mereka dijadikan sanjungan dan pujaan. Firman Allah S.W.T. menerusi surah al-Baqarah ayat 120:

Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu” 


MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Islam sebagai agama rahmah amat mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam). Islam melarang keras sebarang bentuk kezaliman dan membiarkan muslim yang lain dizalimi. Sabda Rasulullah seperti diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:

Mafhumnya: Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat (membantu) saudaranya, maka Allah akan melaksanakan (membantu) hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Kita bukan sahaja wajib membela dan meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, tetapi kita sebagai umat Islam juga wajib turut sama mempertahankan kesucian Baitul Maqdis kerana ia adalah kiblat pertama dalam syiar agama kita. Baitul Maqdis juga adalah tempat berlakunya Israk dan Mikraj, ia juga merupakan masjid kedua dibina di bumi ini dan ia juga tempat yang diberkati dan dilipatgandakan pahala serta diampunkan dosa.

Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia, marilah kita membantu meringankan penderitaan saudara kita di Palestin dengan bersama-sama mengambil tindakan berikut:
Pertama: Menyalurkan bantuan ekonomi dan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan-badan diiktiraf oleh kerajaan.
Kedua: Memperkasa penggunaan perkhidmatan dan produk keluaran orang Islam dan pengusaha tempatan serta mengelakkan segala perkhidmatan dan barangan keluaran negara berkenaan.
Ketiga: Menginsafi akan bahaya perpecahan dan perlunya tindakan segera dalam menyatupadukan ummah dalam kalangan negara Islam seluruh dunia bermula di negara kita; dan
Keempat: Memastikan bahawa penjenayah perang tehadap Palestin dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.


SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar mengajak seluruh umat Islam, marilah kita bersama-sama bertindak untuk turut berperanan dalam isu Palestin. Marilah kita membela dan membantu saudara-saudara kita di sana dengan segala kemampuan yang ada. Hendaklah kita sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin khususnya dan umat Islam seluruhnya

Maksudnya: “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih dalam kalangan kamu, bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa di bumi, sebagaimana Ia menjadikan orang yang sebelum mereka; dan Ia akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan dari ancaman musuh” 
(Surah al-Nur : ayat 55)

Bilangan Pelawat

75049
TodayToday2
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week2
This MonthThis Month2
All daysAll days75049

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains