A- A A+

Khutbah Jumaat

khutbah19.png - 108.93 kB

 

Buletin Soutul Islam

Pengarah JHEAINS

biruu.png - 95.75 kB

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Aplikasi E-Perkhidmatan

 


 
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
 
Saya berpesan pada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan, kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Maka, bersempena dengan sambutan Hari Wanita yang disambut pada tarikh 8 Mac setiap tahun, maka khutbah jumaat pada hari ini akan membicarakan mengenai tajuk: “Balance for Better” atau “SEIMBANG UNTUK SEJAHTERA”.
 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
 
Allah SWT telah meletakkan kedudukan wanita pada tempat yang mulia di samping lelaki berdasarkan persamaannya dalam beberapa tanggungjawab dan perbezaan peranannya bersesuaian dengan kedudukannya. Maka selayaknya mereka menerima pengampunan dan kurniaan sepertimana yang dikurniakan kepada kaum adam. Hal ini jelas sepertimana disebutkan di dalam surah Al-Ahzab ayat 35 yang dibacakan sebentar tadi yang bermaksud;
 
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orangorang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orangorang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”.
 

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
 
Seperti sedia maklum, pada tarikh 8 Mac setiap tahun, Hari Wanita akan disambut meriah oleh hampir kesemua negara di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program yang dijalankan. Ianya bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita bagi memperjuangkan agenda wanita. Ini kerana, dalam lipatan sejarah, kaum wanita pernah dilayan dan diberi tanggapan yang buruk oleh sebahagian manusia. Namun, dengan adanya kedatangan Islam, keadilan dan  martabat kaum wanita dipulihkan semula, lalu kedudukan lelaki dan wanita telah disamaratakan. 
 
Oleh hal yang demikian, mimbar ingin menyatakan dengan tegas bahawa sikap tidak menghargai sesuatu akan menatijahkan perkara seperti ini berlaku. Lalu dengan itu, pihak kerajaan telah menganjurkan sambutan Hari Wanita, di mana platform ini memberi pengiktirafan kepada wanita yang telah menyumbang kepada pembangunan negara dan menyampaikan mesej peranan penting wanita sebagai sebahagian penggerak utama kemajuan negara, dimana bole dikatakan bahawa disebalik kejayaan seseorang lelaki, ada wanita disampingnya, sama ada wanita tersebut adalah ibunya, isterinya atau anak perempuannya.
 
Sambutan Hari Wanita 2019 adalah sebagai simbolik tanda keprihatinan kerajaan terhadap peranan penting wanita sebagai penggerak utama kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat yang penyayang, serta berperanan dalam pembangunan ummah di samping lelaki. Peranan wanita islam di zaman dahulu kala bukan sekadar teladan buat kaum wanita, bahkan kepada kaum lelaki juga. Mari kita hayati bagaimana Saidatina Hajar Alaihissalam yang telah dipahat kisah pengorbanannya dalam sejarah Islam. Satu contoh nilai tarbiyah iman yang terhasil dan sukar untuk ditandingi. Ratu Saba’ yang dikenali sebagai Balqis membuktikan wanita pernah mencapai taraf pemikir yang hebat. Begitu juga wanitawanita selain mereka yang pernah mengharumkan dunia Islam. Dan sebahagian mereka ini dinobatkan sebagai Ummahat al-Mukminin (Ibu kepada orang-orang beriman).
 
 
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
 
Sambutan ini juga dapat memberi pendedahan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat umum, khususnya golongan wanita mengenai peluang, cabaran, dan isu sejagat agar wanita mempunyai daya saing untuk mencapai perkongsian saksama antara lelaki dan wanita dalam memperoleh dan mengawal sumber serta peluang penyertaan yang optimum terutama dalam bidang yang diceburi. Tuntasnya di sini, lelaki dan perempuan hendaklah berkerjasama saling bantu membantu tanpa wujudnya diskriminasi jantina kerana Firman Allah SWT:
 
 
Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
 

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
 
Hari Wanita 2019 kali ini yang bertemakan “Balance for Better” atau “Seimbang untuk Sejahtera” ini mampu memberi inspirasi kepada wanita untuk mengimbangi komitmen dan tanggungjawab mereka dalam setiap aspek kehidupan
 
Penganjurannya ini dapat mengangkat harapan golongan wanita dalam aspek yang melibatkan jantina dengan menghapuskan sebarang diskriminasi agar pembangunan dan potensi wanita di negara ini dapat ditingkatkan seterusya dijadikan sebagai medium menyebarluaskan inisiatif pencapaian Dasar Wanita Negara (DWN) yang pernah digubal pada tahun 1989 yang bertujuan untuk memperkasakan wanita dari pelbagai sudut.
 
Selain itu, sambutan Hari Wanita juga menunjukkan keprihatinan dan cakna kerajaan dalam mengarusperdanakan kepentingan jantina dalam aspek perancangan dan pembangunan negara bagi menyediakan peluang yang lebih besar kepada wanita untuk mencapai potensi dalam membantu merealisasikan aspirasi kerajaan membangunkan modal insan yang berkualiti.
 
Dengan pemahaman yang betul berhubung kesaksamaan jantina akan membuka peluang yang sama rata kepada lelaki dan wanita dalam aspek pembangunan negara.
Menyedari wanita memainkan peranan penting dalam sudut kehidupan kita, kerajaan telah menjadi penyokong yang meyokong keseimbangan jantina seperti agenda global terutamanya dalam sistem politik yang demokrasi agar wujud lebih ramai pemimpin wanita tampil kehadapan dan mewujudkan dasar dan program khusus untuk meningkatkan pemilikan asset wanita, kadar pelaburan dan tabungan.
 
Justeru, inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan diharap dapat memaksimumkan peluang kesaksamaan jantina dan seterusnya dapat menghargai peranan wanita dalam mengimbangi pembentukan keluarga dan pengukuhan kerjaya mereka untuk menjalani kehidupan yang sejahtera selaras dengan tema Hari Wanita 2019 iaitu “Balance for Better” atau “Seimbang untuk Sejahtera”.
 
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, khatib menyarankan beberapa perkara;
 
Pertama: Mimbar menyeru supaya tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi wanita tanpa hak.
 
Kedua: Mimbar juga menyeru supaya kehormatan dan ketinggian kaum wanita tidak dipandang remeh dengan mengenepikan pandangan dan sumbangan mereka.
 
Ketiga: Mimbar juga menyeru supaya kaum lelaki agar tidak mendiskriminasikan kaum wanita dari pelbagai sudut dan tidak juga memberi tanggapan negatif seperti yang pernah berlaku dahulu kala.
 
Allah SWT berfirman:
 
 
Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
 

Bilangan Pelawat

75216
TodayToday2
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week2
This MonthThis Month2
All daysAll days75216

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains