A- A A+

Sukan MUJAS 2019

mujas-2019-headline-2.jpg - 462.08 kB

 

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?
  • Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat
  • 22/10/2019
  • Imsak 04:34:00
  • Subuh 04:44:00
  • Syuruk 06:01:00
  • Zohor 12:02:00
  • Asar 15:21:00
  • Maghrib 18:00:00
  • Isyak 19:10:00

Pengarah JHEAINS

tahniah-pengarah.jpg - 4.13 MB

Majlis Menghafaz Al-Quran

itqasMTQ.jpg - 51.97 kB

#MTQSabah2019

Aplikasi E-Perkhidmatan

 
PARA JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
 
Sesungguhnya tahap keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT menjadi penentu arah kehidupan kita pada hari akhirat kelak. Justeru, marilah kita perteguhkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, semoga kita beroleh kejayaan, sejajar dengan anjuran Allah SWT:
 
 
Maksudnya:“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepada-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (S. Al-Maa’idah: 35).
 
 
SAUDARA MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA,
 
Fudhalah bin Ubaid al-Anshar berkata, bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
 
“Beruntunglah orang yang diberi hidayah kepada Islam, kehidupan ada padanya dan dia berasa tenang dengannya.” (HR At-Tirmizi dan An-Nasai)
 
Berdasarkan kepada Hadith tersebut, amat beruntunglah kita semua yang beroleh dan menerima hidayah Islam kerana mengimani dan mempercayai kewujudan Allah SWT. Dengan nikmat iman dan Islam, kita bukan saja dapat mengecap kehidupan sebagaimana manusia lain, malahan menjadikan kita tidak bimbang terhadap apa yang akan berlaku kerana yakin akan rahmat Allah SWT yang maha luas dan tidak terperi banyaknya. Apatah lagi apabila kita menjadikan tawakal kepada-Nya
mengiringi setiap perbuatan dan pekerjaan kita, sudah pasti Allah SWT akan menjaga dan memelihara kita dengan penuh kasihan belas.
 
Ibn Abbas mengatakan bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:
 
“Jagalah Allah, nescaya Allah menjaga kamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapatkan-Nya di hadapan kamu. Kenalilah Allah di waktu senang, nescaya Dia mengenal kamu di waktu susah. Jika kamu meminta, maka mintalah kepada Allah dan jika kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh umat berkumpul untuk memudaratkan kamu yang kemudaratan itu tidak ditetapkan untuk kamu, maka mereka tidak akan dapat memudaratkan engkau. Dan seandainya mereka hendak memberikan manfaat dengan sesuatu yang tidak ditetapkan untuk kamu, maka mereka tidak mampu memberikan manfaat kepadamu.” (HR Imam Ahmad).
 
Maka, menjadi kewajipan bagi kita semua menghargai dan mensyukuri nikmat iman dan Islam yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Caranya adalah dengan berusaha merealisasikan Islam yang syumul. Dalam hubungan ini, wajib bagi kita melunasi tuntutan asas seorang Muslim iaitu menyempurnakan lima rukun Islam.
 
 
SIDANG JEMAAH YANG DIMULIAKAN ALLAH SWT,
 
Diriwayatkan bahawa apabila ditanya tentang Islam, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa ia merangkumiRukun Islam yang lima sepertimana mafhum sabdanya:
 
“Islam itu ialah engkau mengaku tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah, dan hendaklah engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa pada bulan Ramadhan, dan naik haji ke Baitullah jika engkau kuasa pergi ke sana.”  (HR. Muslim).
 
Merujuk kepada penjelasan Rasulullah SAW tersebut, Islam adalah tatacara hidup yang berteraskan kepada pola akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Pegangan akidah tauhid misalnya terpateri pada Rukun Islam yang pertama yang menuntut setiap muslim mengucapkan dua [start bold & italic]kalimah syahadah, iaitu “La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah” yang bererti “sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah pesuruh Allah”. Kalimat persaksian ini ibarat lesen keislaman bagi setiap Muslim. Kalimat ini juga yang jika dibaca di akhir hayat akan menjadi penjamin syurga di akhirat
kelak.
 
Sementara itu, solat atau sembahyang lima waktu yang menjadi Rukun Islam yang kedua merupakan ibadah yang berperanan mendisplinkan umat untuk sentiasa mengingati Allah SWT dan tunduk kepada-Nya pada setiap waktu. Perlaksanaan ibadah yang dianggap sebagai tiang agama ini menzahirkan kehambaan seorang Muslim kepada Penciptanya selain sebagai perisai daripada perbuatan keji dan mungkar sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
 
 
Yang bermaksud:“…dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (S. Al-Ankabut: 45).
 
 
KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,
 
Seiringan dengan tuntutan mendirikan solat atau sembahyang ialah tuntutan mengeluarkan zakat, iaitu rukun Islam yang ketiga. Firman Allah SWT:
 
 
Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua bersama-sama orang yang rukuk.”  (S. Al-Baqarah: 43).
 
Ibadah zakat menjamin kemakmuran bagi semua kerana ia menuntut golongan yang berada (berkemampuan dari segi harta) mengeluarkan sebahagian harta mereka untuk dibelanjakan di jalan Allah SWT seperti membantu orang fakir miskin dan membiayai pelbagai perkara/urusan yang ada kepentingannya bagi umat. Pengeluaran zakat merupakan perlaksanaan tanggungjawab sosial memperbaiki keadaan hidup masyarakat di samping mengukuhkan ekonomi ummah.
 
Rukun Islam yang keempat pula iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan menjurus ke arah pembentukan umat yang bertaqwa. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
 
 
Maksudnya: (Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atasorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (S. Al-Baqarah: 183)
 
Ibadah puasa beserta amal-amal soleh lainnya yang dikerjakan dengan ikhlas dan mengharapkan redha Allah semata-mata dapat menjana sifat taqwa. Selain itu, pengalaman merasakan keadaan lapar dan dahaga seperti yang mungkin dialami oleh orang yang fakir, miskin dan musafir dapat melahirkan rasa bersyukur terhadap nasib hidup dan seterusnya membina keinsafan bahawa di sisi Tuhan semua insan adalah sama. Hanya sifat taqwa yang menentukan darjat seseorang manusia di sisi Allah SWT.
 
Manakala rukun Islam yang kelima, iaitu naik haji ke Baitullah di Tanah Suci Makkah itu hanya diwajibkan ke atas mereka yang berupaya dari segi material, fizikal dan
spiritual. Pun begitu, setiap muslim disarankan untuk berusaha menunaikannya kerana ibadah ini tersirat seribu satu macam pengajaran dan pengalaman yang lebih menginsafkan akan kekerdilan diri berbanding Allah SWT yang menciptakan alam semesta ini. Ini sebagaimana firman Allah SWT:
 

Maksudnya: “Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai tempat yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaan-Nya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak;…”(S. Al-Haj: 27-28).
 
 
HADIRIN MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
 
Kesimpulannya, setiap Muslim wajib menjadikan seluruh kehidupannya berpaksi kepada pola akidah, ibadah, syariah dan akhlak bagi merealisasikan Islam yang syumul. Islam
perlu dihayati dan diamalkan secara menyeluruh, bukannya diambil sebahagiannya dan ditolak sebahagian lain kerana turutkan kehendak nafsu yang menyeleweng.
 
Sehubungan itu, patuhi dan taatilah segala yang diperintahkan oleh Allah SWT dan jauhilah segala yang ditegah-Nya selain berusaha menyeru orang lain kepada Islam. Tatacara ini selaras dengan apa yang dianjurkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
 
 
Yang bermaksud:"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)”.(S. Fussilat: 33).
 
 
 
 

Disediakan dan diedar oleh:
Bahagian Penyelidikan dan Informasi
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah


NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan tidak disepahkan.
 

Bilangan Pelawat

195144
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days195144

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains