Gotong-Royong EKSA Zon Hikmah (Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan) 2019
Pada tanggal 9 Januari 2019 telah diadakan gotong-royong EKSA bagi Zon Hikmah. Gotong royong ini merupakan acara pertama EKSA yang dijalankan untuk tahun ini. Jabatan ini dalam proses mendapatkan pengiktirafan EKSA daripada MAMPU mulai daripada tahun lepas, dan gotong-royong ini adalah kesinambungan daripada aktiviti EKSA sebelumnya.
Fokus utama pada hari ini lebih kepada memastikan kekemasan pejabat, oleh itu semua pegawai dan kakitangan JHEAINS Zon Hikmah menyisih fail-fail lama dan kertas-kertas yang tidak lagi diperlukan serta mengemas tempat kerja masing-masing. Aktiviti ini diadakan bermula daripada jam 9 pagi sehinggalah 11 pagi. Acara dimulakan dengan taklimat daripada Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan) dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari untuk mengakhiri acara gotong-royong ini.
![]() |
Taklimat | ![]() |
![]() |
Taklimat | ![]() |
![]() |
Pembersihan & Makan Tengahari |
![]() |