A- A A+

 

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Tuan Hj Sotimin @ Apinin Bin Sarun
Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan & Kewangan)
21 Disember 1959 (59 tahun pada 21 Disember 2018)

 

Bila tibanya tarikh lahir, ia adalah titik muhasabah diri tentang apa yang telah kita lakukan setahun yang lepas. Andai baik amal kita pada masa lalu, maka panjatkanlah kesyukuran kehadratNya di atas segala nikmat dan peluang yang diberi kepada kita. Tiada yang lebih membahagiakan seorang hamba dari mengucapkan syukur kepada Tuhannya sebagai tanda mensyukuri peluang dan nikmat umur yang dikurniakanNya. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).

 

 

Amalan memberi hadiah dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sabda Nabi s.a.w: “Hadiah-menghadiahlah, kamu akan berkasih-sayang.” 

 

  

 

Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

 


Mengadakan majlis tazkirah (nasihat) ringkas, ataupun mengalunkan bait-bait nasyid, selawat yang berupa untaian nasihat bagi menghiburkan para jemputan disamping mengingatkan hadirin bahawa umur adalah amanah Allah s.w.t yang akan ditanya di Akhirat kelak.

Selamat Ulangtahun Kelahiran, Tuan Haji Sotimin @ Apinin Bin Sarun. Moga usia diberkatiNya. Amin.

Bilangan Pelawat

300095
TodayToday2
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week2
This MonthThis Month2
All daysAll days300095

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains