A- A A+
PENGUMUMAN TERKINI :

BANNER-MAAL-HIJRAH.jpg - 1.52 MB

Khutbah Jumaat

khutbahNEW.png - 30.87 kB

 

Buletin Soutul Islam

Pengarah JHEAINS

biruu.png - 95.75 kB

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Aplikasi E-Perkhidmatan

free accordion joomla menu

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN,
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan menyeru kepada hadirin Jumaat sekalian, marilah sama- sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita ini diberkati oleh Allah SWT sama ada di dunia mahupun di akhirat.Bersempena dengan HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2018 yang disambut pada 21 Oktober 2018, dari mimbar ini khatib akan membicarakan khutbah yang bertajuk: ‚ÄúMELESTARIKAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA‚ÄĚ.

 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT SEKALIAN,
Alam sekitar adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Kebanyakan makhluk, amat bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini terutamanya manusia. Apa yang jelas, Allah SWT telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Firman Allah SWT dalam al-Qur‚Äôan surah ar-Rahman ayat 3 ‚Äď 6:

Yang bermaksud: ‚ÄúDialah Yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima penyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya‚ÄĚ.

 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG BIBERKATI ALLAH SWT SEKALIAN
Seiring dengan konsep khalifah yang diberi amanah untuk mengurus dan mentadbir bumi ini dengan sebaiknya, maka sangat penting kita memastikan sumber yang ada dimanfaat sebaik-baiknya serta dijauhkan daripada bencana. Ini bagi memastikan kesinambungan hidup generasi anak cucu kita yang akan datang dapat menikmati dan merasainya. Persoalannya, adakah kita meninggalkan sesuatu yang lebih baik atau sebaliknya untuk anak cucu kita? Firman Allah SWT dalam ayat 165 surah al-An’am:

Yang bermaksud: ‚ÄĚDan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya, dan Sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani‚ÄĚ.

 

Namun akhir-akhir ini, dunia digemparkan dengan pelbagai kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, episod jerebu dan kemarau, kepanasan melampau, badai tsunami dan sebagainya yang telah meragut ribuan jiwa, kerugian berbilion ringgit harta benda dan kemusnahan hutan dalam sekelip mata. Justeru, sekiranya alam sekitar ini tidak dijaga dengan baik, nescaya dikhuatiri berlakunya bencana-bencana ini yang seterusnya akan menjejaskan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

 

Hakikatnya, salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya bencana dan kerosakan alam sekitar adalah disebabkan oleh kerakusan dan kecuaian manusia sendiri serta sikap tamak yang menguasai diri manusia tanpa memikir kesannya kepada alam sekitar dan generasi yang akan datang. Sebagai contoh adalah pembakaran terbuka, pelupusan haram buangan berbahaya (toksik) serta sampah sarap, tumpahan minyak, pelepasan air kumbahan, pembalakan haram, pelepasan asap hitam dari kenderaan dan cerobong industri-industri serta pembukaan tanah bagi tujuan pembangunan yang tidak terkawal. Perkara sedemikian akan mengakibatkan pencemaran alam sekitar (sumber air, udara dan tanah) dan mengundang musibah seperti banjir, hakisan tanah runtuh, tanah runtuh, pemanasan global, perubahan iklim, penipisan lapisan ozon dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah ar-Ruum ayat 41:

Yang bermaksud: ‚ÄúTelah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)‚ÄĚ .

 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT SEKALIAN
Menjaga kebersihan alam dari pencemaran dan kekotoran adalah sebahagian dari tuntutan Islam. Mereka tidak terbayang bahawa itu termasuk dalam dakwah Islam untuk manusia. Mereka tidak merasai bahawa perjuangan memelihara alam termasuk dalam amalan soleh seorang insan. Sedangkan baginda Nabi SAW menyebut:

Maksudnya: ‚ÄúSesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka‚ÄĚ. (HR: Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

 

Amaran dan doa Nabi SAW agar Allah SWT mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Demikian Nabi SAW memperjuangkan agar tidak dimusnahkan alam tanpa sebab yang sah. Bukan sekadar kesalahan moral pada penilaian kesusilaan manusia, bahkan baginda memberi amaran dengan hukuman Allah SWT pada hari akhirat nanti. Jika hanya memotong pokok bidara yang membawa kemusnahan tempat berteduh manusia dan haiwan dihukum dosa dengan balasan demikian rupa, apatah lagi bagi yang memusnah ekosistem alam yang boleh membawa kemusnahan yang lebih besar. Bahkan mungkin memusnahkan manusia sejagat. Maka mencemarkan alam pada penilaian Islam adalah satu kesalahan dari segi agama. Justeru, perjuangan memelihara alam adalah sebahagian dari perjuangan agama. Menyuruh manusia memelihara alam dan melarang mereka memusnahkannya adalah sebahagian dari kerja dakwah iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Bahkan penjagaan alam dianggap sebagai satu sedekah berpahala di sisi Islam. Daripada Anas bin Malik r.a.: Katanya: Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: ‚ÄúTidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah‚ÄĚ.¬†(HR: al- Bukhari dan Muslim).

 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DILINDUNGI ALLAH SWT SEKALIAN,
Sesungguhnya kejadian bencana yang menimpa di Negara ini dan beberapa tempat lain di dunia perlu kita jadikan iktibar sebagaimana kejadian baru-baru ini Tsunami yang membadai Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah, Indonesia yang telah mengorbankan ribuan nyawa dan memusnahkan banyak bangunan. Ia menyedarkan kita bahawa betapa harta benda adalah pinjaman dan dunia adalah sementara sahaja. Selain itu, kita dapat melatih diri dengan sikap redha dan sabar serta menginsafi diri agar jangan sekali-kali lalai terhadap amanah Allah SWT di muka bumi ini. Berdasarkan pemerhatian khatib, dengan perubahan iklim dan kerakusan manusia untuk mencapai pembangunan, maka kebanyakan kawasan tadahan air pada masa ini seperti gunung-ganang, hutan rimba, sungai-sungai, telaga telah dicemari, dan berlakunya kerosakan alam sekitar dan pencemaran alam sekitar yang akan seterusnya menjejaskan kualiti hidup kita. Insaflah bahawa sebahagian dari khazanah alam dan warisan untuk kegunaan kita dan generasi akan datang janganlah cemarinya kerana pada masa depan kita akan kehilangan nikmat Allah SWT ini.

 

Bersempena dengan sambutan HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2018 yang disambut pada 21 Oktober ini, Khatib menyeru hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu dan bersatu padu untuk sama-sama memakmurkan bumi Allah ini dengan sebaik-baiknya. Ambillah manfaat segala yang ada di bumi ini tanpa melakukan pembaziran agar dapat diguna dan dinikmati oleh generasi akan datang. Amalan menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar adalah suatu amalan yang baik dan mulia yang perlu diterapkan dalam diri setiap orang. Sekiranya umat Islam tidak menjaga dan mengambil berat terhadap perkara tersebut, mereka akan hidup di dalam suasana yang tidak selesa, gundah gulana, tidak tenteram dan terdedah kepada pelbagai penyakit. Setiap anggota masyarakat juga boleh bertindak sebagai Rakan Alam Sekitar dengan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dalam membantu menyalurkan maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa seperti agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai aktiviti-aktiviti yang merosakkan alam sekitar. Dengan adanya institusi kerajaan yang mantap serta sokongan dan kerjasama dari semua lapisan masyarakat dan warga yang prihatin, pastinya pelbagai isu berkaitan alam sekitar dapat ditangani dengan lebih baik dan berkesan hendaknya.

 

Pelbagai perkara yang mudah boleh dimulakan di rumah bersama-sama keluarga dan komuniti di sekeliling bagi sama-sama menjaga kelestarian alam sekitar, antaranya:

  1. Mengadakan gotong royong menjaga persekitaran seperti di sekitar kawasan rumah, institusi sekolah, surau, masjid dan lain-lain.
  2. Tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan membuangnya di tempat yang disediakan.
  3. Melaksanakan pengasingan sisa sebelum dibuang kerana ianya merupakan langkah pertama untuk menguruskan sisa sampah yang baik. Selain itu, amalan konsep 3R (Reduce, Re-use, Re-cycle), iaitu Pengurangan, Guna semula dan Kitar semula boleh diterapkan.
  4. Mengambil langkah-langkah penjimatan ke atas penggunaan air, elektrik dan sebagainya.
  5. Penanaman pokok-pokok dan tumbuhan sekitar halaman rumah.
  6. Menggunakan pengangkutan awam atau konsep perkongsian kenderaan bagi membantu mengurangkan pencemaran udara dan menjimatkan penggunaan bahan bakar.
  7. Mengelakkan penggunaan beg plastik dan bekas makanan styrofoam (bahan yang tidak boleh diuraikan)
  8. Mengelakkan pembaziran makanan.

 

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin mengajak hadirin Jumaat sekalian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

  1. Memastikan bumi ini dimakmurkan dengan sebaik-baiknya adalah suatu amanah dalam konteks individu, ahli keluarga, masyarakat dan juga negara.
  2. Amalan menjaga kebersihan persekitaran akan menjamin keseimbangan ekosistem dan merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada kita dan generasi akan datang.
  3. Alam sekitar yang diuruskan dengan baik dapat mengekalkan kesihatan dan menjadikan kehidupan manusia sejahtera.
  4. Memanfaatkan segala yang ada di muka bumi ini dengan tidak membazir dan berlebih- lebihan serta mengambil segala langkah perlu bagi memastikan sumber yang sedia ada dapat diguna dan dinikmati oleh generasi akan datang.

 

Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 77:

Yang bermaksud: "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ".

 

Sebaik-baik pedoman adalah mensyukuri nikmat Allah SWT dengan lafaz Alhamdulillah, mengagungkan kebesaran-Nya Allahu Akbar, yang mana kita adalah hambanya yang kerdil, wajib patuh kepada segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan SubhanAllah, menunjukkan zat-Nya Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa.


Berita JHEAINS

Bilangan Pelawat

83763
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days83763

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains