A- A A+
PENGUMUMAN TERKINI :

Khutbah 19 Julai 2019

khutbah19Julai.png - 96.28 kB

Ibadah Qurban 2019M

qurban.png - 133.90 kB

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Pengarah JHEAINS

457.png - 87.67 kB

Aplikasi E-Perkhidmatan

free accordion joomla menu

SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Di sepanjang perjalanan hidup kita, terlalu banyak peristiwa yang kita lalui, sama ada ianya dapat kita terima dangan hati yang lapang atau kita masih terus berfikir apakah hikmah di sebalik setiap kejadian itu terjadi. Sebagai umat Islam yang tulen keimanannya, maka sudah pasti kita akan merasakan bahawa apapun yang berlaku di dunia ini ada suatu kuasa yang Maha Hebat yang mengaturnya dengan baik tanpa sebarang kekurangan.

Oleh yang demikian, Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada saudara-saudara sekelian, agar meningkatkan lagi ibadah serta ketaqwaan kita kepada Allah dengan sentiasa mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan berjaya di dunia dan di akhirat kelak- insya Allah.


SIDANG HADIRIN RAHIMAKUMULLAH,

Syukur kita kepada Allah SWT atas kurnia-Nya kita dapat berkumpul pada setiap hari Jumaat untuk menerima pesanan dan peringatan bagi meningkatkan kualiti diri sebagai hamba Allah.

Cuba kita renungi sejenak kata-kata hukama: Untuk membaiki dunia, maka baikilah manusianya. Dan untuk membaiki manusia, maka terlebih dahulu baikilah hatinya.

Oleh kerana hati bersifat dalaman, maka untuk menyelesaikan masalahnya, mesti juga dengan kaedah dalaman. Justeru untuk menyelesaikan masalah dalam hidup, kita perlu mengetahui dahulu soal teras dan asasnya yakni menyelami apakah tujuan Allah SWT menghantar kita ke dunia? Apakah misi dan visi kita? Justeru penghayatan terhadap misi dan visi inilah yang akan melahirkan kesungguhan untuk bekerja, untuk belajar dan beribadah semasa berada di dunia ini secara optimum yang hasilnya nanti akan dituai di akhirat kelak. Pakar psikologi telah menegaskan bahawa salah satu faktor yang menentukan kejayaan seseorang ialah mengetahui misi dan visi hidup yang tepat serta jelas.

 

JAMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA, 

Untuk memiliki hati dan minda yang celik, seringkali khatib berpesan menerusi mimbar mengingatkan kita untuk terus mencari ilmu. Ilmu yang ada perlu kita gunakan untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat. Pastinya untuk ilmu itu mendatangkan manfaat, kita perlu terus berfikir dan terus menganalisa yang mana dengan ilmu tersebut membawa kepada penghayatan terhadap tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban:

 

 

 

Yang bermaksud: “Berfikir satu saat itu lebih baik daripada ibadah setahun”.


Ulama’ mengatakan Hadits ini lemah tetapi jika berpandukan kepada ajaran Islam yang menyuruh kita menggunakan akal untuk menegak dan mengukuhkan Iman ,maka tujuan Hadith ini memang sesuai dengan dasar ajaran Islam. Bahkan di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menganjurkan kita supaya terus berfikir.

Al-Quran merupakan Kalamullah yang tidak boleh sama sekali dinafikan kesahihannya untuk kita merenung pengajarannya dan memikir akan perintahnya. Firman Allah SWT di dalam surah Annisa, ayat 82:

Bermaksud: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah AlQuran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak didalamnya.”

Maka dengan merujuk dan merenung isi kandungan al-Quran kita akan dapat banyak saranan yang menganjurkan kita supaya melihat segala ciptaan Allah SWT.

 

JAMAAH JUMAAT YANG DIHORMATI, 

Saya yakin bahawa saya dan saudara tidak pernah mengisi borang untuk datang ke dunia, akan tetapi dengan sifat Ihsan al-Khaliq, kita diciptakan. Oleh sebab kita tidak pinta lahir ke dunia, maka sudah pasti kita tidak tahu apakah sebenarnya misi atau sebab-musabab kewujudan kita di dunia ini. Dengan memikir dan merenungkan kejadian makhluk-makhluk ciptaan Allah SWT, kita akan dapat lihat lebih jelas bahawa segala makhluk itu kejadiannya tidak boleh tidak mesti mengandungi peraturan dan tujuan. Ia menunjukkan ada kepandaian dan kekuasaan. Dan ini membuktikan bahawa Allah memang wujud.

Dengan itu, iman kita akan bertambah kuat, kita akan lebih rajin mengerjakan amal ibadah dan juga amal kebajikan, serta kita akan mengerjakannya dengan lebih ikhlas. Kita akan berasa lebih mudah menjauhkan kejahatan dan maksiat.

Dengan sebab itu, pahala kita akan bertambah dan dosa kita akan berkurang. Seterusnya, Allah SWT akan mengasihi dan mengasihani kita. Bila terjadinya itu, kita akan sejahtera, kita akan berbahagia, di dunia dan akan dimasukkan ke dalam Syurga di Akhirat kekal abadi selama-lamanya.

 

SIDANG JUMAAT YANG MULIA, 

Seorang Ulama pernah berkata:"Barangsiapa mengetahui dirinya nescaya ia mengetahui Tuhannya.” Maksud yang kita boleh faham daripada perkataan ahli Sufi ini ialah bahawa jika kita selidik dan memeriksa dengan menggunakan fikiran kita sedalam-dalamnya serta perhatikan dengan halus dan teliti akan tiap-tiap anggota badan kita, dan mempelajari apa faedahnya, bagaimana bentuk dan rupanya serta di mana letaknya nescaya kita akan nampak kehebatan Allah SWT.

Allah SWT berfirman di dalam surah Adz Zaariyat, ayat 20-21

Maksudnya: “Dan pada bumi ini ada banyak tanda-tanda (mengenai adanya Tuhan dan kebesaranNya) bagi orang-orang yang mahu percaya, dan begitu juga (tanda-tanda itu banyak boleh didapati) di dalam diri kamu sendiri. Tidakkah kamu melihatnya?” 

Allah SWT menciptakan kita bermula dari setitik air mani. Setitik air mani ini tidak akan berharga jikalau Allah tidak memelihara, menghidupkannya dengan memberi segala keperluan untuk tinggal di dalam rahim ibu. Belum juga akan berharga sekiranya Allah tidak memudahkan baginya keluar ke atas bumi. Dan belum juga akan berharga kalau Allah tidak besarkan serta diberi akal fikiran. Dengan akal yang Allah kurniakan kepada manusia, jadilah manusia itu raja, menteri, professor, doktor, jurutera, pensyarah, guru dan lain-lain yang pandai, kuat, kaya dan hidup bebas.

Dengan akal fikiranlah, manusia berupaya meratakan gunung, membelah angkasa, menyelami lautan dan meneroka bumi semahu-mahunya. Tetapi tidak selama-lamanya begitu, manusia tidak akan boleh semahumahunya mengikuti kehendaknya.

Kita akan mati. Kita pasti mati. Sesudah mati, Allah SWT berjanji untuk menghidup dan membangkitkan kita kembali di hari Qiamat. Apakah alasan untuk kita tidak percaya akan janji Allah SWT ini? Siapakah kita untuk menolak kedatangannya?

Allah SWT berfirman di dalam surah Luqman, ayat 28:

Maksudnya: “Tidaklah (susah) menciptakan dan membangkitkan kamu (dari dalam kubur) melainkan hanya seperti (mencipta dan membangkitkan) satu jiwa sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

 

SIDANG JUMAAT YANG DI KASIHI ALLAH SWT,

Tujuan hidup dan mati telah ditentukan Allah. Persoalan mati untuk memberi semangat meneruskan hidup. Itulah sebenarnya skrip kehidupan buat Insan. Malangnya, manusia sering mencipta skrip hidup rekaannya sendiri. Skrip hidup ciptaan manusia pasti berakhir dengan kegagalan dan kemusnahan.

Fikirkan nikmat-nikmat Allah saat ini. Mata, telinga, kaki, tangan semuanya yang sangat penting untuk keperluan hidup, Allah kurniakan tanpa menagih bayaran satu sen pun daripada kita. Walhal harga sepasang kaki palsu beribu-ribu ringgit, gigi palsu juga mahal. Apatah lagi mata, telinga, hati, lidah dan akal yang Allah SWT kurniakan, tentunya memang tidak ternilai.

Dengan apa hendak dibalas pemberian yang begitu besar? Fikirkan pula apakah sudah kita berterima kasih kepada Allah? Sudahkah kita tunaikan suruhan-Nya? Sudahkah kita berhenti daripada membuat perkara perkara yang dilarang-Nya? Sudah cukupkah bakti kita sebagai hamba untuk membalas kemurahan dan kasih sayang Allah yang Maha Pengasih ini?

Lihatlah beras yang kita jadikan nasi. Dapatkah pokok padi itu tumbuh dengan sendiri kalau Allah tidak turunkan hujan? Dapatkah manusia membuat air? Dapatkah manusia melubangi tanah dengan sehalushalusnya hingga akar pokok itu dapat menjalar mencari makanan dan minumannya? Manusia menanam tetapi Allah yang menumbuhkan.

Lihatlah juga bagaimana Allah tadbir manusia dengan ajaran-ajaran-Nya. Solat akan menjaga kita dari melakukan kerosakan dan kemungkaran. Zakat pula akan memastikan kekayaan dibahagikan dengan seadilnya. Puasa pula akan menjana sifat keihsanan dan ketaqwaan.

Sesudah berfikir dan membuat kesimpulan, Insya Allah hati akan celik, hati akan nampak kewujudan, kemurahan dan kekuasaan Allah SWT. Hati akan menyedarkan akal tentang perlunya Allah itu disembah. Hati akan mengarahkan kaki, tangan dan seluruh anggota lahir menunaikan perintah Allah dan berhenti daripada mengerjakan larangan-Nya. Kalau hati tidak berbuat begitu, patut sangat hati itu ditangisi, kerana butanya hati lebih parah daripada butanya mata.

Semoga dengan Ilmu dan pemikiran yang mendalam, diikuti dengan misi dan visi yang jelas dalam hidup akan membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Insya Allah bila hati dan akal sudah celik, akan lebih mendalam kecintaan kita kepada Allah SWT dan rasulnya yang mulia. Kita akan lebih fokus terhadap apa yang perlu kita lakukan dengan penuh khusyuk, telus, yakin, redha serta sabar menghadapi rencah kehidupan.

Berita JHEAINS

Bilangan Pelawat

17200
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days17200

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains