A- A A+
PENGUMUMAN TERKINI :

Khutbah (19 April 2019)

Untitled.png - 75.01 kB

Shoutul Islam

Buletin Shoutul Islam Edisi 9/2019

Buletin Shoutul Islam Edisi 10/2019

h.gif - 10.68 kB

Buletin Shoutul Islam Edisi 11/2019

i.gif - 10.22 kB

Buletin Shoutul Islam Edisi 12/2019

Bagaimana dengan perkhidmatan kami?

Pengarah JHEAINS

Aplikasi E-Perkhidmatan

E-Mualaf

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem Sistem Maklumat Mualaf

Read More...
E-Perkahwinan

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem Sijil Nikah Digital

Read More...
SM2

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem SM2

Read More...
SM2 Peribadi

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem SM2 Peribadi

Read More...
E-Cuti

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem E-Cuti

Read More...
E-Pergerakan

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem E-Pergerakan

Read More...
E-Prestasi

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem E-Prestasi

Read More...
Izin Hadir Seminar

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem Izin Hadir Seminar

Read More...
Izin Keluar Negeri

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem Izin Keluar Negeri

Read More...
Semakan Bayaran / Slip Gaji

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem Semakan Bayaran / Slip Gaji

Read More...
Web Mail Sabah

Klik "Read More" untuk lanjut ke Sistem Web Mail Sabah

Read More...
Accordion Extension

 

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Kehidupan yang singkat di dunia ini adalah peluang keemasan bagi manusia untuk berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya sebelum ajal tiba. Maka, sementara masih bernafas, sihat dan bertenaga, samasamalah kita semua mentarbiah diri menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal soleh, beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT:

Maksudnya: “Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.” (S. An-Nahl: 97).


MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Asas kepada kerukunan hidup masyarakat majmuk ialah memastikan keadaan aman dan harmoni yang dinikmati sentiasa terpelihara. Setiap komuniti hendaklah menghargai dan mensyukuri kepelbagaian yang ada dengan mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh mengganggu-gugat kesatuan dan perpaduan Negara bangsa. Maknanya, setiap ahli keluarga dan juga anggota masyarakat hendaklah sentiasa berusaha menyingkirkan sifat-sifat mazmumah atau buruk yang merugikan seperti hasad dengki, berburuk sangka, fitnah memfitnah, caci mencaci, pulau memulau dan sebagainya.

Bagaimanapun, dalam masyarakat kita hari ini, terdapat orang yang kurang senang dengan kemajuan serta kemewahan hidup yang dikecapi oleh orang lain. Sikap negatif berkenaan adalah nilai yang tidak baik dalam kerangka bersaing mencapai kecemerlangan dan membangunkan Negara yang terbilang. Namun inilah antara resam dunia, apabila ada orang yang sebangsa dan seagama maju, kaya-raya dan berjaya, terus ada pemikiran negatif. Mereka mentohmah kononnya kemajuan serta kejayaan yang mereka perolehi itu hasil dari pinjaman, rasuah, tipu-daya dan sebagainya.

Tetapi ironinya, apabila bangsa lain maju, Berjaya serta kaya-raya, jarang sekali yang mempersoalkan bagaimana mereka memperolehi kelebihan tersebut. Senario ini mengisyaratkan ada sesuatu yang tidak kena, yakni berkemungkinan hati sudah diselimuti sifat cemburu dan hasad terhadap saudara seagama yang lebih ke hadapan dalam pelbagai bidang.

 

HADIRIN JEMAAH SEKALIAN,

Perasaan kurang senang adalah benih sifat iri hati dan hasad dengki. Iri hati ialah sifat yang muncul akibat dari perasaan ego dan sombong sehingga tidak boleh menerima serta melihat orang lain melebihi dirinya. Lantas, rasa iri hati membuahkan pula sifat atau penyakit hasad dengki.

Hasad berasal dari bahasa Arab yang bererti dengki, yang mana sering digabungkan menjadi hasad dengki dalam bahasa harian kita. Hasad dengki membawa maksud perasaan inginkan agar nikmat, kelebihan, kebolehan atau keistimewaan yang ada pada orang lain terhapus. Tetapi dia akan merasa gembira jika dia termasuk dalam kumpulan yang memperolehi kelebihan serta keistimewaan berkenan.

Justeru, hasad dengki adalah sifat mazmumah yang paling kerap melanda diri manusia. Dalam menghuraikan persoalan sifat yang keji ini, Imam al-Ghazali menyenaraikan tiga ciri orang yang berdengki seperti berikut:

Pertama, menginginkan agar kenikmatan atau kelebihan lenyap daripada orang lain dan mengharapkan agar kenikmatan itu berpindah kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kelebihan yang dimiliki orang lain itu lenyap meskipun dia sendiri tidak dapat memilikinya disebabkan kekurangan pada dirinya sendiri. Yang penting baginya ialah orang itu jatuh dan hilang kelebihannya.

Ketiga, merasa sakit hati apabila orang lain melebihinya walaupun dia tidak berbuat sesuatu untuk menjatuhkannya.

Sehubungan itu, seseorang yang berpenyakit hasad dengki sentiasa gelisah atau tidak puas hati melihat apa yang dimiliki oleh orang yang didengkinya. Apabila perasaan itu tidak lagi dapat dikawal, maka si pendengki akan menyusun strategi agar hasrat buruk itu tercapai dengan apa cara sekalipun.

Dan situasi inilah yang menatijahkan gejala negatif seperti mereka-reka cerita, menfitnah, mengumpat, memaki dan sebagainya bertujuan memburuk-burukkan orang yang didengki. Malah, ada di kalangan yang dihidapi penyakit hasad itu sanggup bersekongkol dengan pihak musuh menggunakan segala cara yang ada termasuk media sosial hatta melanggani tukang-tukang sihir dan mengamalkan perbuatan keji lainnya semata-mata untuk menjatuhkan orang yang didengkinya.

 

SAUDARA MUSLIMIN BUDIMAN,

Hakikatnya, perasaan dengki adalah salah satu perangai atau sifat buruk yang telah menghinggapi manusia sejak dari dahulu lagi. Ia bukan sahaja terjadi dalam dunia politik, perniagaan, pekerjaan dan persahabatan, malahan turut berlaku dalam suasana kekeluargaan.

Di dalam al-Quran misalnya, Allah SWT memaparkan kisah Nabi Yusuf yang dicampakkan oleh saudarasaudaranya ke dalam telaga kerana merasa dengki kepadanya yang sangat disayangi oleh bapanya, iaitu Nabi Yaqub. Hal ini terakam pada firman-Nya

Yang bermaksud: “(Kisah itu bermula) tatkala saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.” (Ramai di antara mereka berkata): “Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna.” (S. Yusuf: 8-9).

Demikianlah resam orang yang dilanda sifat serta penyakit hasad dengki, di depan berlagak saudara, mulut manis tetapi di belakang mereka umpama gunting dalam lipatan. Ia membuktikan bahawa apabila hati diselimuti hasad, qada dan qadar Ilahi sanggup dinafikan.

Dalam erti kata yang lain, berita gembira untuk si pendengki atau kaki hasad adalah perkara buruk yang menimpa orang yang didengkinya. Kalau ada berita buruk mengenai orang yang dihasadnya, maka berseriserilah mukanya kegembiraan. Tetapi jika ada kebaikan atau kelebihan lain orang yang dihasadnya pula, maka bermasam mukalah dia kedukaan.

Yang pasti, sifat buruk dan keji ini tidak akan reda selagi terdapat individu atau kelompok tertentu yang sanggup mewakafkan dirinya untuk berfikir bagaimana menjatuhkan orang lain. Dan sesungguhnya watak yang sedemikian menyalahi ajaran Allah dan Rasul-Nya yang menyuruh kita turut gembira dengan berita baik dan berdukacita dengan berita buruk yang menimpa saudara Muslim. Ini sebagaimana hadis daripada Watsilah bin al-Asqa' RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “Janganlah engkau gembira lantaran bencana yang menimpa saudara Muslimmu, sebab jika engkau berkelakuan demikian, maka Allah akan memberikan kerahmatan kepada saudaramu itu sedangkan ke atas engkau sendiri ditimpakan bala olehNya.” (HR At-Tirmizi).



JEMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH,

Orang yang berpenyakit hasad dengki disifatkan sebagai kufur nikmat kerana seolah-olah tidak redha dengan ketentuan qada dan qadar Ilahi. Sebab itu, apabila hasad bermaharajalela menguasai diri seseorang, maka segala kebaikan akan terhakis. Amaran serta peringatan ini terangkum dalam hadis daripada Abu Hurairah RA menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda: “Takutlah kamu pada sifat dengki (hasad dan iri hati), sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud).

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menganjurkan kita berusaha sedaya upaya mencegah diri daripada dihidapi sifat hasad. Ia perlu bermula di hati dengan menanamkan perasaan al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan); al-zuhd (tidak mementingkan duniawi); kitmanus-sir (merahsiakan rahsia); al-hilm (mengawal kemarahan ); As-syajaah (berani); dan al-iffah ( pemaaf).

Kesimpulannya, mereka yang menghidap sifat mazmumah seperti hasad perlu kembali kepada panduan yang disarankan oleh Rasulullah SAW, sebagaimana sabdanya yang bermaksud:  “Janganlah kamu marah, janganlah kamu berhasad dengki dan janganlah kamu bermasam muka, sebaliknya jadikanlah kamu hamba Allah yang bersaudara.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).

Saranan serta anjuran Rasulullah SAW ini hendaklah kita semua junjung dan terjemahkan dalam kehidupan harian kita. Ia penting bagi mengukuhkan kesatuan dan perpaduan ummah demi kelangsungan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan bersama. Dalam kerangka ini, rafakkanlah doa selalu memohon ke hadrat Ilahi Rabbi supaya dijauhkan dari segala sifat mazmumah, diampunkan segala dosa, diterima taubat kita dan seterusnya hidup dan mati dalam keadaan beriman.

Maksudnya:

“Dan barang siapa mengerjakan keburukan atau menganiaya diri sendiri, kemudian memohon pengampunan Allah, maka ia akan mendapati Allah itu adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (S. An-Nisa: 110).

Acara JHEAINS

Bilangan Pelawat

Today
Yesterday
This Week
This Month
All days
111
864
1948
18739
75119

Peta Lokasi

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 248 324