A- A A+
PENGUMUMAN TERKINI :

Khutbah Jumaat

khutbah19.png - 108.93 kB

 

Buletin Soutul Islam

Pengarah JHEAINS

biruu.png - 95.75 kB

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Aplikasi E-Perkhidmatan

free accordion joomla menu
 
SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH!
 
Dalam hadis riwayat Ahmad, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : "Tahukah kamu apa yang paling banyak menyebabkan manusia masuk syurga, iaitu bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia." 
 
Oleh hal yang demikian, tiada jalan pintas untuk memasuki syurga Allah SWT  selain daripada memiliki sifat takwa kepada-Nya dan mempunyai akhlak  yang baik semasa hayat masih dikandung badan.  Maka, marilah kita serikan dan hiasi hidup ini dengan mengerjakan segala suruhan Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.  Mudah-mudahan kita tergolong sebagai orang yang bertakwa dan berakhlak mulia, seterusnya layak menjadi ahli syurga Allah SWT.
 
SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH!
 
Semakin hari maka semakin meningkat usia kita dan semakin berkurangan pula jangka hayat kita di dunia ini.  Situasi ini meletakkan kita kian menghampiri saat menemui ajal lantaran setiap yang hidup akan mati.
 
Firman Allah:-
 
 
Maksudnya: “Tiap - tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu…” (S. Ali-Imraan: 185).
 
Justeru itu, sementara tubuh badan masih sihat dan kuat, pemikiran masih cerdas dan mempunyai masa yang lapang. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri.
 
Sebagai hamba Allah, periksa dan semak apakah kita telah dapat menunaikan segala kewajipan yang diperintahkan ke atas kita. Ini termasuklah menilai prestasi dan kesungguhan kita dalam menjunjung perintah Allah SWT seperti mendirikan solat, puasa, zakat dan sebagainya.  Pada waktu sama, semak dan periksa  sama ada kita berhasil ataupun sebaliknya dalam melaksanakan peranan serta tanggungjawab diri sebagai ibu bapa, tanggungjawab sebagai anak, tugas sebagai seorang pelajar,tugas sebagai pekerja, pemimpin dan sebagainya. Lantas, jika merasakan banyak kekurangan serta kelemahan, maka insafilah ia dengan keazaman dan kesungguhan yang kuat untuk memperbaikinya dengan penuh istiqamah. 
 
Dalam erti kata yang lain, bermuhasabah diri bukan setakat mengingat dan menilai kelemahan serta dosa-dosa yang telah lalu, lalu menyesali dan menangisinya. Hakikat muhasabah adalah memaksakan diri untuk kembali taat melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya kerana ia merupakan pelaboran di dunia bagi memperolehi ganjaran syurga di akhirat nanti.
 

SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH!
 
Rasulullah SAW menyifatkan orang yang sentiasa bermuhasabah diri sebagai orang yang berakal. Sabda baginda, maksudnya: “Orang yang berakal adalah orang y ang memaksa dirinya untuk taat kepada Allah SWT dan berbuat (mempersiapkan bekal) bagi akhirat, sedangkan orang yang lemah adalah orang yang membiarkan dirinya mengikuti hawa nafsu kemudian berangan - angan agar Allah mengampuninya.” (HR At Tirmidzi).
 
Saidina Umar bin Al Khatab pula berkata : “ Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, kerana sesungguhnya hisab pada hari kiamat adalah ringan bagi orang yang menghisab dirinya di dunia.”
 
Maka, marilah kita bersegera melaksanakan hakikat muhasabah yaitu mengerjakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangannya, supaya di akhirat kelak kita termasuk ke dalam golongan orang yang hisabnya ringan. 
 

SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH!
 
Saat bermuhasabah tidaklah terbatas hanya pada hujung tahun, tetapi harus dijadikan rutin kehidupan seharian  mengingat bahawa sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan mahupun dosa yang dipengaruhi oleh suasana persekitaran, bisikan syaitan dan kehendak nafsu. Tambahan pula, muhasabah diri selaras tuntutan Taubatan Nasuha (taubat yang murni), iaitu satu perbuatan meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua perbuatan mungkar dan keji yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah SWT.  Mereka yang sentiasa bertaubat dari kesalahan dan dosa yang dilakukan dengan menyesali perbuatannya itu serta diringi dengan permohonan keampunan daripada Allah SWT termasuk golongan yang sangat dikasihi Allah sebagaimana firman-Nya:-
 
 
Yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah  mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang mensucikan diri.” (S. Al-Baqarah: 222).
 
Jelas dalam firman-Nya ini Allah SWT menegaskan bahawa Dia amat mengasihi orang yang suka bertaubat dan mensucikan dirinya.  Ini kerana Allah SWT mahu hamba-hamba-Nya kembali kepada-Nya dalam keadaan fitrah insani yang suci bersih supaya beroleh ganjaran syurga yang tersedia pelbagai nikmat dan rahmat Allah SWT.  
 

SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH!
 
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “ Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian”. (HR Ibn Majah dari Abi Hurairah).
 
Sehubungan itu, ulama menyimpulkan beberapa syarat yang mesti dilakukan oleh seseorang Muslim yang benar-benar ingin bertaubat berdasarkan kepada al-Quran dan hadis. antaranya:
 
1.  Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat yang dilakukan.
 
2.  Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
 
3.  Berazam untuk tidak kembali melakukan sebarang dosa dan kemaksiatan.
 
4.  Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.
 
Sementara itu, menurut ahli hikmah, Terdapat sekurang-kurangnya empat tanda diterima taubat seseorang hamba, iaitu:
 
Pertama, putus hubungan dengan rakan-rakannya yang tidak baik, dan bersahabat dengan orang yang soleh.
 
Kedua, menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ibadat.
 
Ketiga, hilang rasa kesenangan kepada dunia dalam hatinya, dan selalu mengingat kesusahan akhirat.
 
Keempat, percaya pada jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah. 
 

SAUDARA MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH!
 
Sesungguhnya Allah SWT maha luas keampunan dan rahmat-Nya bagi mereka yang bertaubat. Sebab itu, meskipun barangkali telah terlanjur melakukan pelbagai dosa dan maksiat, jangan sekali-kali berputus asa daripada bertaubat serta memohon maghfirah dan rahmat Allah SWT. Ini adalah saranan Allah SWT  dalam firman-Nya:-
 
 
Yang bermaksud:“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan - perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;  sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha mengasihani.”  (S. Az-Zumar: 53)
 
Oleh itu saudara jemaah yang dilimpah rahmat, 
Marilah kita segera beringat,
Bahawa hidup ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin berangkat,
Ke alam barzakh menuju negeri akhirat.
 
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
 
 

Berita JHEAINS

Bilangan Pelawat

74596
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days74596

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains