A- A A+
PENGUMUMAN TERKINI :

Khutbah Jumaat

khutbah19.png - 108.93 kB

 

Buletin Soutul Islam

Pengarah JHEAINS

biruu.png - 95.75 kB

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Aplikasi E-Perkhidmatan

free accordion joomla menu
 
 
 
HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT SEKALIAN,
 
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.  HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIBERKATI ALLAH SWT SEKALIAN, Banyak nikmat  Allah SWT yang telah dianugerahkannya kepada manusia. Seperti nikmat kesihatan, umur, rezeki, harta kekayaan, kebahagiaan, keselamatan, keamanan dan lain-lain. Allah SWT memberikan nikmat-nikmat  tersebut adalah dengan kehendaknya. Dia tidak pernah mensia-siakan hamba-Nya  terutama  sekali bila hamba-Nya sentiasa mensyukuri segala nikmat tersebut, malahan nikmat-nikmat itu akan bertambah, sebagaimana  firman  Allah  SWT dalam surah Saba‟ ayat 39:
 
 
Yang bermaksud:"...dan apa sahaja yang kamu belanjakan untuk kebaikan maka Allah akan menggantikannya Dialah sebaik-baik pemberi rezeki".
 
Adapun cara kita mensyukuri nikmat tersebut adalah dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya seperti mendirikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat, sentiasa berzikir mengingati Allah dalam apa jua keadaan dan suasana. Selain daripada itu, untuk mensyukuri nikmat Allah SWT, kita juga disunatkan memperbanyakkan amalan bersedekah.
 
Bersedekah adalah amalan yang terpuji dan sangat dianjurkan di dalam Islam. Bersedekah mengwujudkan keberkatan dalam harta yang dimiliki, menanamkan rasa keinsafan kepada diri manusia, mengeratkan silaturahim, belas kasihan dan rasa tanggungjawab sesama manusia. Namun, sejauh manakah amalan bersedekah ini kita amalkan dalam kehidupan kita?
 
 
HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT SEKALIAN,
 
Ramai orang berangan-angan untuk bersedekah bila mempunyai harta yang banyak, namun apabila sudah memiliki harta yang banyak, lupa pula untuk bersedekah atau mensyukuri akan nikmat harta yang telah dimiliki. Harta yang banyak sering digunakan untuk kepentingan diri sendiri, sehingga terlupa untuk menggunakan sebagai saham di akhirat kelak. Oleh itu, bila kita hendak bersedekah, jangan ditunggu apabila kita sudah mempunyai harta yang banyak, kerana harta yang banyak kadang-kadang membuat hati kita menjadi terlalu sayang kepadanya dan berat pula untuk menghulurkannya.
 
Ingatlah kaum muslimin, harta itu tidak lain hanyalah sebagai perhiasan dan ujian Allah SWT, untuk menilai sejauh mana kita dapat menggunakannya ke jalan yang diredhainya. Janganlah kita berasa ragu tentang keberkatan bersedekah dan janganlah kita asyik mengumpul harta sehingga lupa tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kepada Allah SWT. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Munafiqun ayat 9:
 
 
Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itu orang-orang yang rugi".
 
Perlu diingat, dalam kita bersedekah hendaklah disertakan dengan niat yang ikhlas sematamata kerana Allah SWT, janganlah kita mengharap kepada pujian dan sanjungan.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah menjelaskan bahawa setiap amal kebajikan hambanya, sama ada kecil atau besar, banyak atau sedikit, akan tetap diberikan ganjaran yang setimpal.
 
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Zalzalah ayat 7-8:
 
 
Yang bermaksud:“Maka siapa yang mengerjakan kebaikan sekalipun seberat zarah, nescaya dia akan melihat ganjarannya. Dan siapa mengerjakan kejahatan sekalipun seberat zarah nescaya dia akan melihat balasannya".
 
 
HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DILINDUNGI ALLAH SWT SEKALIAN,
 
Ketahui bahawa harta yang kita miliki sama ada banyak atau sedikit bukan milik kita sepenuhnya kerana ada hak orang lain di dalamnya. Oleh itu gunakanlah ia ke jalan yang diredhai Allah SWT seperti bersedekah, berwakaf, membantu orang ‚Äďorang yang memerlukan, anak-anak yatim, menyumbang ke tabung-tabung masjid, atau ke tabung-tabung kebajikan dan seumpamanya. Rezeki yang sedikit tidak semestinya tidak mencukupi atau membuat kita susah dan merana. Begitu juga sebaliknya, harta yang banyak, wang yang banyak, tidak semestinya dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi kebahagiaan di akhirat.
 
Yakinlah bahawa rezeki dan keberkatan di dalamnya adalah anugerah Allah SWT. Yang penting, kita tahu bagaimana mensyukurinya dengan mengikut landasan-landasan yang dianjurkan dalam agama. Apa yang penting, dalam kehidupan kita selaku orang Islam, adalah amalan saling bantu membantu antara satu sama lain. Orang yang kaya membantu yang miskin, dan yang miskin pula membalasnya dengan hal yang terbaik yang mampu dilakukannya, sekurang-kurangnya memanjatkan doa kepada Allah SWT.
Dengan hal yang  demikian, tidak akan berlaku jurang pemisah antara yang kaya dengan yang miskin dan kehidupan di dunia ini akan sentiasa aman dan makmur. Semoga dengan amalan bantu membantu dan bersedekah kita akan terus mendapat berkat, rahmat dan redha dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal Alamin.
 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIBERKATI ALLAH SWT SEKALIAN,
  
Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah adalah sebuah entiti Islam di negeri Sabah yang berbidang kuasa dalam mentadbir wang sedekah. Ianya diperuntukkan melalui Enakmen¬† Perbadanan Baitulmal 1998, Seksyen 21 (1),(a) dengan jelas menyatakan :¬† ‚ÄúSatu kumpulan wang yang dinamakan "Kumpulan Wang Amal Jariah" hendaklah juga diadakan untuk mengutip dan mengumpul wang dari masyarakat Islam Negeri ini sebagai sedekah bulanan untuk kegunaan Agama Islam dan kebajikan orang-orang Islam‚ÄĚ.
 
Atas maksud yang sangat besar ini, PBNS menggalakkan semua Penjawat Awam kerajaan negeri , persekutuan dan swasta di negeri Sabah khususnya agar membuat sumbangan sedekah secara bulanan melalui potongan gaji kepada PBNS. Konsep kerjasama murni yang dipraktikkan ini adalah berasaskan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:
 
‚ÄĚDan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)‚ÄĚ.
 
PBNS selaku pentadbir Wang Sedekah, akan menyalurkan semua sumbangan yang diterima melalui skim-skim bantuan yang disedikan dan agihan sumbangan ini hanya dikhususkan dalam negeri Sabah.
 
Dengan membuat sumbangan melalui potongan gaji, penyumbang dapat bersedekah secara konsisten / istiqomah. Nabi Muhammad¬† Ô∑ļ bersabda :¬† ‚ÄúTidak satu hari pun di mana pada setiap pagi¬† seorang hamba itu¬† melainkan dua Malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berdoa: ‚ÄěYa Allah, berikanlah ganti (ganjaran pahala) bagi orang yang berinfak (bersedekah).‚Äü (HR: Bukhari dan Muslim)
 
 
******
 

Berita JHEAINS

Bilangan Pelawat

74662
TodayToday2
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week2
This MonthThis Month2
All daysAll days74662

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains