A- A A+
PENGUMUMAN TERKINI :
Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan JHEAINS?

 

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1]

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia.

Acara Terkini JHEAINS

Bilangan Pelawat

Today
Yesterday
This Week
This Month
All days
37
204
37
2374
3617

Peta Lokasi

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 10 Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

89737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 217 629/ 217 259

088 - 233 573

webmaster@jheains.sabah.gov.my