KHATAM AL-QURAN MERAIKAN SISWA SISWI TAHUN AKHIR
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)
Â
16 Mac 2019 - Seramai 22 orang siswa dan siswi Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) Diploma dan Pensijilan bagi sesi 2016/2019 telah diraikan di dalam Majlis Khatam Hafaz al-Quran 30 Juzu yang dilaksanakan buat kali ke-10 bertempat di Dewan ar-Rahmah, SMAN Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut, Papar.
Majlis yang sememangnya dilaksanakan saban tahun ini berjalan dengan lancar dan meriah. Ia merupakan program wajib tahunan yang diadakan bertujuan untuk meraikan para pelajar Diploma dan Pensijilan ITQAS yang telah berjaya menamatkan hafazan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Tahniah diucapkan kepada para siswa dan siswi ITQAS atas kejayaan mereka, semoga hafalan mereka pada hari ini menjadi petunjuk di dunia dan menjadi syafaat di akhirat kelak. Pihak ITQAS amat mengharapkan agar para pelajar yang diraikan pada hari tersebut tidak mensia-siakan segala ilmu yang telah ditimba selama 3 tahun bagi Diploma dan pensijilan selama 2 tahun menuntut di sini. Juga diharapkan agar mereka dapat menabur bakti dan mencurahkan segala ilmu yang diperolehi kepada masyarakat seterusnya berwibawa dalam memacu ke arah pembangunan ummah dan negara. Dan semoga mereka semua mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT. In Shaa Allah.
Â
![]() |
![]() |
![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
 ![]() |
Â
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Â
Â